BEGINILAH CARANYA AGAR TIDAK BERHUTANG

BEGINILAH CARANYA AGAR TIDAK BERHUTANG

Gaji atau upah adalah kadar yang dibayar oleh majikan kepada seseorang pekerja yang bekerja di bawahnya pada tingkat yang telah ditetapkan oleh syarikat berdasarkan kepada kelayakan dan jawatan yang di sandang. Gaji selalunya akan diterima oleh pekerja di hujung bulan samada secara tunai atau debit (bank). Semakin lama seseorang pekerja berkhidmat maka semakin bertambahlah tingkat atau kadar gaji yang diterimanya.




Beginilah caranya agar tidak berhutang. Menyentu tentang pengurusan kewangan (gaji) dengan bijak sering kali dilakukan terutamanya kepada mereka yang telah berkeluarga. Kelemahan dalam mengurus kewangan boleh menyebabkan kekurangan atau keberhutangan yang tinggi kepada pihak ketiga, samada bank, pinjaman peribadi kepada seseorang atau meminjam di mana - mana pinjaman berlesen.

Bagaimana pengurusan kewangan (gaji) dengan bijak. Pertama yang perlu dilakukan anda haruslah mengukur tingkat pendapatan anda dengan tingkat perbelanjaan anda untuk sebulan, adakah pendapatan melebihi perbelanjaan atau sebaliknya. Perkara ini amatlah penting agar anda menimbang tara kemampuan anda pada paksi yang seimbang. Jika perbelanjaan anda mengatasi pendapatan, jalan pertama anda haruslah mencari sumber pendapatan tambahan (side income) seperti perniagaan online melalui rumah atau mendaftar sebagai food panda atau pemandu grab bagi menambah dan menampung kos perbelanjaan anda. Kedua anda haruslah mengurangkan atau menolak mana - mana perbelanjaan yang tidak atau kurang penting keperluannya dalam bulan berkenaan. 

Selain daripada itu, apabila tiba gaji, anda haruslah membuat senarai keperluan (check list) dengan mendahulukan kos perbelanjaan yang utama, seperti sewa rumah, bayaran bahan api dan air, barangan dapur dan sewa beli kenderaan. Tambahan daripada itu, dahulukan juga perbelanjaan harian dengan menetapkan kadar minima berapa kos atau perbelanjaan diperlukan sehari dan darapkan dengan tiga puluh hari untuk mendapat jumlahnya (kos belanja harian seperti petrol dan sampingan makan minum diluar dan sebagainya). Lebihannya pula bolehlah anda gunakan untuk nafkah kepada keluarga dan keperluan anak - anak. Untuk itu juga, jika terdapat lebihan walaupun minima, adalah baik jika anda membuat simpanan atau pelaburan walaupun jumlahnya hanya sedikit, bak kata pepatah menyatakan sikit - sikit lama - lama jadi bukit. Umumnya simpanan adalah amat penting untuk persediaan (backup) di masa - masa akan datang sekiranya berhadapan dengan kemelesetan atau perlu penambahan dalam belanja kehidupan. 


Dalam pada itu, elakan juga berbelanja secara boros. Apa yang bagus utamakan barang - barang yang diperlukan sahaja. Perbanyakan juga bersedekah, kerana dalam sedeka tersirat pertambahan rezeki yang tidak terduga. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan