BETULKAH USIA TUA BARU BERIBADAH

BETULKAH USIA TUA BARU BERIBADAH

Manusia adalah ciptaan Allah S.W.T. di muka bumi ini, dan tidak lain tidak bukan adalah sebagai khalifah dengan melakukan perkara - perkara yang di suruh dan meninggalkan perkara - perkara yang dilarang. Manusia diciptakan dari pelbagai keturunan agar mereka saling kenal mengenali serta hidup dalam keadaan harmoni antara satu sama yang lain. 

Dalam pada itu, ciptaan manusia adalah syumul (sempuna sifatnya). Amal ibadah kebaikan haruslah di kerjakan diperingkat awal, dan bukannya menunggu menjelang usia tua baru insaf atau taubat. 


Jika dilihat dan dihayati pada gambarajah di atas yang dipetik dari pembuatnya, menyatakan bahawa jangan menunggu tua untuk bertaubat dan memulai amal shalih serta kebaikan kerana di masa tua akan lebih banyak kelemahan dan kepayahan.  

Kenyataan di atas adalah benar, ini kerana pada usia tua, anggota badan seperti tulang temulang tidak lagi utuh dan kuat untuk melakukan aktiviti luar, khususnya berdiri lama (sebagai contoh). Kemampuan berkenaan, menyulitkan lagi untuk berdiri, sujud dan rukuk serta yang lainnya ketika menunaikan solat. Adakalanya solat terpaksa dilakukan secara duduk atau baring.

Di usia tua juga, kadar penglihatan mata adakalnya kurang jelas atau rabun, hal ini juga menyulitkan serta menghalang kemampuan untuk membaca surah - surah Al-Quran dengan baik, apatalagi jika sebelumnya tidak pernah membaca dan seterusnya menghafal surah - surah berkenaan. Cuba bayangkan bagaimana jika solat, namun tidak mengetahui apa - apa surah atau ayat Al - Quran untuk dibaca. 

Selain daripada itu, di usia tua juga nada bacaan atau sebutan ketika membaca surah atau ayat Al - Quran juga tidak lagi sehebat pada usia muda, ini kerana nafas dan anggota dalaman tidak lagi kuat untuk memberikan tenaga yang tegap seperti pada usia muda.

Dalam pada itu, kelemahan pancaindera mata dan tulang serta anggota badan yang lain, juga melemaskan diri untuk bergerak ke Masjid demi melakukan solat secara berjamaah.

Justeru daripada itu, dalam kehidupan seharian, ada kalanya terdengar ungkapan - ungkapan seperti, betulkah usia tua baru beribadah atau tunggulah tua baru bertaubat atau insaf dan lain - lain lagi. Hal seperti ini dan jika dilihat pada gambarajah di atas semestinya sudah difahami maksud tersiratnya. Oleh yang demikian, tingkatkan amal ibadah dari awal agar lebih utuh dan sentiasa berbisa sepanjang masa. Dalam pada itu, dengan pengetahuan serta ilmu yang ada, kongsikanlah dengan generasi - generasi yang lain atau baharu agar mereka juga bersama - sama mendapat kebaikan berlanjutan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian