Bunyi Letupan Kuat Kedengaran Oleh Penduduk Sekitar Sabah Dan labuan

Bunyi Letupan Kuat Kedengaran Oleh Penduduk Sekitar Sabah Dan labuan

Gambar Hiasan

Pagi tadi sekitar jam 11.00 pagi kedengaran satu bunyi letupan kuat, seperti letupan bom yang kedengaran dan mengemparkan sejenak penduduk sekitar Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perkara ini juga tular di media sosial Facebook. 

Sumber : Facebook


Dalam pada masa sama, menurut media tempatan, dalam catatanya bertarikh 31 Januari Jam 2.28 PM, yang bertajuk Penduduk Sekitar Sabah, Labuan Gempar Dengan Bunyi Letupan, Gegaran, isi kandungannya seperti berikut;

KOTA KINABALU: Penduduk di sekitar daerah Sipitang dan Beaufort di Sabah serta Labuan panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran kira-kira 11 pagi tadi.

Mereka mendakwa letupan dan gegaran itu dirasai kira-kira 10 saat.

Seorang pekerja binaan di Beaufort, Jamlan Zainudin, 44, berkata pada mulanya beliau menyangka rumah yang dibaik pulihnya roboh.

"Kejadian itu berlaku sekejap, mulanya bunyi dentuman selepas itu bergegar sehingga menyebabkan penduduk di sini panik.

"Kami semua keluar dari rumah ingatkan rumah roboh. Saya dan rakan-rakan kemudian menghubungi ahli keluarga untuk pastikan mereka selamat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Seorang guru, Aminah Siddek, 38, yang tinggal di Sipitang pula berkata beliau dan keluarga terus keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri setelah merasai gegaran itu. Maklumat selanjutnya  👉  Bh Online


Maklumat kedua juga dipetik daripada sumber media tempatan (Bernama. Com) yang menyatakan dalam beritanya bertajuk  👉  Penduduk sekitar Sabah dan Labuan gempar dengar bunyi letupan, gegaran

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian