CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2

CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2

I- sinar kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari 2021. Berikut adalah beberapa kategori, yang telah ditetapkan oleh kwsp bagi kategori berkenaan iaitu;

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.


Lantaran daripada itu, berikut adalah beberapa langkah yang perlu dipatuhi semasa memohon untuk kategori 2, seperti berikut:



Pertama, maklumat ringkas macam mana nak hantar dokumen sokongan? iaitu anda hanya perlu muat naik dokumen sokongan secara online sahaja bermula 11 Januari 2021.




Kedua, ambil gambar pakai phone pun boleh, pastikan terang dan boleh dibaca.




Ketiga, pastikan kamera telefon anda betul - betul di atas dokumen yang hendak diimbas.





Terakhir, pastikan anda mengambil gambar di tempat terang atau gunakan flash jika perlu untuk memastikan gambar dokumen yang diambil adalah jelas.


Demikianlah beberapa langkah yang telah ditetapkan pihak kwsp. Selain itu juga, sekiranya permohonan anda tidak memenuhi kriteria kategori 1, tapi memenuhi kategori 2, anda boleh mengemaskini permohonan pada 11 Januari, seperti yang dinyatakan dalam sumber kwsp

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian