Elakkan Kata - Kata Yang Bersifat Negatif

Elakkan Kata - Kata Yang Bersifat Negatif

Mulut merupakan salah satu pancaindera kurniaan Illahi yang sempuna dan tidak ada tolok bandingnya. Mulut juga digunakan untuk makan serta berbicara dengan orang lain. Penggunaan mulut adakalanya boleh membawa kepada permusuhan, persengketaan dan sebagainya, bak kata pepatah, "kerana mulut badan binasa"

kelihatan dalam gambar seseorang sedang berbicara dengan sopan
untuk menerangkan sesuatu kawasan yang hendak dituju 


Justeru daripada itu, mari kita tingkatkan ilmu pengetahuan dengan menerapkan lebih banyak kata - kata atau bahasa yang indah atau manis serta mengelakkan sebarang kata - kata yang tidak bermoral, antaranya;

  • Elakkan kata - kata yang bersifat mengungkit
Contoh 1 : 
Dulu kau pinjam duit saya, saya kasi saja sebab saya kesian dengan kamu, tapi saya minta bantuan kamu, kamu langsung tidak menolong pula. 

Contoh 2 :
 Kalau bukan ayah yang kasi makan kamu, kebulur lah jadinya
  • Elakkan kata - kata yang bersifat berbohong
Contoh 1 :
Jangan makan di restoran tu, saya dua hari lepas makan sana, makanannya tidak sedap. 

Contoh 2 : 
Jangan lalu jalan raya situ, ada harimau besar
  • Elakkan kata - kata yang bersifat menyindir
Contoh 1 : 
Kamu ni nama saja kerja, tapi pakaian pun tidak pernah ganti - ganti

Contoh 2 : 
Kata otw, dekat saja, tapi munculnya mahu dua jam lebih
  • Elakkan kata - kata yang bersifat membanding
Contoh 1 : 
Apalah kamu ni, tengok abang kamu rajin belajar, sekolah tinggi dapat banyak penghargaan. Kamu ni apa ada, kosong...emmm..

Contoh 2 : 
Abang tengok jiran kita ni, kereta besar ada motor lagi, abang ni dari awal naik kereta kancil saja..
  • Elakkan kata - kata yang bersifat melaknat
Contoh 1 : 
Bodoh lah kamu ni, perkara yang begitu senang dan mudah pun kamu tidak dapat lakukan.

Contoh 2 : 
Pergilah keluar rumah, muka kamu pun membawa sial sahaja kalau berada di sini. Rezeki tidak masuk - masuk.


Dalam pada itu, banyak lagi kata - kata yang bersifat negatif atau tidak bermoral yang sepatutnya dielakkan, khususnya apabila berkata atau berbicara dengan anak - anak, orang tua, sanak keluarga, mahupun sahabat handai. Terapkanlah dalam minta dan mulut dengan mantap, agar ketika berbicara kata - kata yang positif dapat dilontarkan. Perkara seumpama ini amat baik kerana dapat menyinarkan suasana kehidupan yang harmoni dan menjadikan atau melahirkan seseorang yang berjiwa hebat.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian