Dimana ada kemahuan. usaha pasti mendapat hasil yang berpatutan. Perusahan menjual sayap, buntut ayam dan juga satay sememangnya tidak asing lagi. Perusahaan ini biasa sahaja dan mudah untuk diusahakan, ditambah lagi dengan kehadiran pelanggannya yang tidak jemu - jemu saban hari untuk menikmati makanan ini. Bukan sahaja rasa ayamnya yang sedap, malahan kuah ladanya sudah pasti memberi citarasa yang tidak terhingga.
Perusahaan seumpama ini, sering dilakukan di pasar - pasar tamu, tepi jalan dan juga di pinggiran restoran atau kedai - kedai. Selalunya pengusaha akan beroperasi pada sebelah petang hinggalah ke malam, mengikut operasi yang dibenarkan dan juga daya kemampuan tenaga pemiliknya.
sayap, buntut ayam dan satay yang segar dan menyelerakan |
Dalam pada itu juga, perusahaan ini adakalanya diusahakan secara kumpulan (partnership) atau secara persendirian (solo). Kos yang diperlukan tidaklah sebanyak mana, dimana hanya memerlukan beberapa peralatan seperti tempat memanggang, arang kayu, bahan mentah (sayap, buntut ayam dan satay), kuah sebagai perisa dan plastik bag serta lain - lain bergantung pada keperluan. Walaupun demikian mudah, namun jika apa sahaja yang diusahakan secara bersungguh - sungguh sudah pasti membuahkan hasil yang lumayan.
Apa yang menjadikannya ramai pelanggan teruja untuk membeli dan memakan sayap atau buntut ayam dan juga satay, ini kerana kesegarannya. Sayap, buntut ayam atau satay yang ditempah atau dibeli oleh pelanggan, akan dipanaskan terlebih dahulu agar ianya lebih rapuh masak dan enak dimakan bersama kuahnya.
Sayap, buntut ayam atau satay sememangnya sangat enak dimakan bersama nasi himpit di kala waktu senja ditambah lagi dengan minuman jus oren atau minuman panas. Terasa hangatnya apabila dinikmati bersama rakan - rakan atau sanak keluarga di anjung rumah atau ditepi pantai dengan tiupan angin yang nyaman.
0 Comments