GEMPA MELANDA SULAWESI BARAT AWAL PAGI TADI

GEMPA MELANDA SULAWESI BARAT AWAL PAGI TADI

Gempa bumi adalah bencana alam yang berlaku diluar jangkaan dan kawalan, Walaupun demikian dengan adanya ciptaan peralatan teknologi canggih paa zaman kini, tanda - tanda awal mampu dikesan, dan tindakan awal dengan membuatkan persiapan berjaga - jaga dapat dilakukan

Dalam pada itu, hari ini 15 Januari 2021, dan menurut media tempatan yang diterbitkan hari ini, bahawanya, seperti berikut, 


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter, awal pagi tadi.

Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Dwikorita Karnawati dalam siaran media menerusi webinar berkata sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 28 gempa susulan bermagnitud sederhana di bawah 5 Skala Richter berlaku di kawasan berkenaan.
Menurut analisis BMKG, gempa itu disebabkan pergerakan batuan dan tanah Mamuju dan ia adalah ulangan pergerakan batuan dan tanah yang pernah terjadi pada tahun 1969 (yang mencetuskan gempa 6.9 Skala Richter) dan 1984 (yang mencetuskan gempa 6.7 Skala Richter). sumber media tempatan Astro Awani, terbitan Bernama (Januari 15, 2021 16:55 MYT). 

Untuk maklumat selanjutnya sila klik pada pautan ini 👉 Astro Awani  


Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama - sama berdoa semoga kita dan juga sahabat - sahabat di Negara Indonesia berada dalam keadaan yang baik sahaja dan bencana yang melanda akan pulih sepenuhnya. 
Tingkatkanlah juga waspada kita kepada isu persekitaran dalam apa juga perkara agar sentiasa berjaga - jaga dan peka terhadap tahap keselamatan dan keselesaan. Dalam pada itu, panjatkan doa dan syukur kepada ilahi agar kita sentiasa mendapat dan berada dalam lindungannya. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian