JIMAT HIDROPONIK DIY

JIMAT HIDROPONIK DIY

Peluang adalah terbuka luas kepada mereka yang menjimatkan kos perbelanjaan khususnya barangan asas seperti sayur - sayuran. Kaedah dengan teknologi baharu, iaitu menanam sayur di rumah secara hidroponik sudah lama diperkenalkan dan rata - ratanya ramai masyarakat yang mengusahakannya. Hasil yang dituai adalah kegunaan sendiri, dan juga bersama keluarga. 

proses mengergaji, untuk membuat lubang 



Sehubungan daripada itu, jika anda bijak anda sebenarnya boleh membuat tapak hidroponik secara diy di rumah, tidak kiralah samada di rumah teres mahupun apartment. Menanam sayur - sayuran, seperti sawi, bendi, terung dan sebagainya di dalam pasu adalah lebih bermanfaat berbanding anda menanam bunga yang mana hanya sekadar hiasan. 

Dalam menyediakan tapak hidroponik, perkara yang diperlukan adalah batang paip yang bersaiz besar, gergaji, tukul, pembaris, pisau, gunting dan plastik sertah beberapa getah pengikat. Anggaran perbelanjaan hanya sebanyak RM20 kebawah sahaja.

Langkah pertama, sukat batang paip dari hujung ke hujung bagi menentukan tinggi yang hendak di tebuk. Ukuran juga menentukan jarak seimbang antara lubang yang hendak ditebuk. 

Langkah kedua, tebuk bahagian yang ditanda dengan mengergaji secara perlahan. Gergaji mengikut kedalaman yang telah di sukat. Setelah itu, kikis dengan pisau bahagian yang tidak rata, agar ketinggian yang ditebuk sama rata antara satu sama lain.

Langkah ketiga, ambil plastik keras dan gunting secara rata mengikut saiz bulatan batang paip. Gunakan plastik berkenaan untuk menutup bahagian hujung paip agar apabila di masukkan tanah, ia tidak akan keluar atau berhamburan. Ikat plastik berkenaan dengan getah agar ianya tidak tanggal.

proses menebuk lubang kecil bahagian bawah paip



Langkah ke empat, tebuk bahagian bawah batang paip bagi memudahkan pengaliran air, semasa anta menyiram tanaman  anda. Seterusnya, buatkan kaki atau tiang untuk meletakkan hidroponik agar ianya tidak jatuh. Setelah selesai semuanya, masukkan batu - batu sederhana terlebih dahulu, seterusnya masukkan tanah kedalam setiap lubang yang dtebuk secara rata, dan boleh lah mula menanam. 


Cara diy hidroponik yang jimat, semestinya berbaloi kepada anda apabila tanaman yang ditanam membuahkan hasil. Tambahan itu juga, anda dapat menikmati sayur - sayuran segar yang baru anda petik dari mini kebun anda sendiri. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian