Malam Jumaat adalah malam yang baik, berbanding malam - malam yang lain, ramai masyarakat melakukan aktiviti yang bermanfaat, khususnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan. Perkara seumpama ini, bukan sahaja menyenangkan hati, dan akal fikiran, malahan ia juga meningkatkan tahap pengetahuan khususnya kepada bacaan, hafazan terhadap kitab Al-Quran. Aktiviti seperti ini sering dilakukan di masjid - masjid selepas solat fardu magrib. Untuk itu juga, ia sangat menyeronokkan apabila dilaksanakan secara beramai - ramai atau berjemaah. Alunan suara yang dilaungkan sangatlah lantang dan jelas sehinggakan dapat didengari oleh masyarakat yang berada di luar.
Lantaran daripada itu, membaca surah yassin di masjid, juga boleh dilakukan secara bersendirian, ini amat baik agar diri lebih terdidik kepada minat membaca khususnya kitab Al-Quran. Membaca surah yassin di malam jumaat di masjid - masjid adalah salah satu perbuatan yang sangat sempurna. Selain daripada mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan atau jemaah, ia juga dapat menambahkan ramai kenalan kepada sahabat - sahabat yang baharu, dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan atau menjauhi sifat - sifat negatif seperti pergaduhan, dengki mendengki dan sebagainya.
Di samping itu juga, aktiviti membaca surah yassin di masjid memberi kepada ketenangan fikiran dan nurani. Suasana di masjid yang luas, nyaman dan selesa, memberi ketenangan fikiran dan nurani.
Selain daripada itu, dengan mengikuti aktiviti membaca surah yassin setiap malam jumaat di masjid - masjid, anda dapat melakukan iktikaf dan seterusnya dapat menunaikan ibadah solat fardu magrib dan isyak secara berjamaah. Lazimnya aktiviti seperti yang diketahui ini, iaitu dengan selalu mengunjungi masjid, banyak memberi kebaikan berbanding keburukan. Oleh itu, tingkatkan lah diri agar selalu mendampingi masjid dengan mengikuti aktiviti - aktiviti yang di anjurkan seperti membaca surah yassin, mendengar ceramah atau majlis ilmu, solat berjemaah dan sebagainya.
0 Comments