KEMASKINI / PERMOHONAN BAHARU BPR 2021 KINI DIBUKA

KEMASKINI / PERMOHONAN BAHARU BPR 2021 KINI DIBUKA

Bantuan Prihatin Rakyat 2021 yang dulunya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH), kini dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 bagi proses kemaskini maklumat permohonan dan juga permohonan baharu. Untuk itu juga menurut portal berkenaan;

  • Pemohon yang perlu membuat kemas kini : Pemohon BSH 2.0 atau BPN 2.0 yang lulus boleh mengemaskini permohonan. 
  • Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu : Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.


Dalam pada itu juga, Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

Berikut adalah beberapa perkara iaitu syarat permohonan yang digariskan dalam Bantuan Prihatin Rakyat 2021 yang dipetik dari sumber laman sesawang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 antaranya ;

Siapakah Penerima BPR 2021 ?

1. Isi Rumah

  • Berkhawin (Ada atau Tiada Anak)
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda ? Duda yang mempunyai anak
  • Bujang termasuk kurang upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas

2. Bujang

  • Bujang atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak, serta
  • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun atau orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun


Apakah Dokumen Sokongan Yang Diperlukan? 

1. PEMOHON

• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

2. PASANGAN

Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama

3. ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.


Apakah Syarat - Syarat Kelayakan Permohonan BPR 2021 ?

ISI RUMAH

1. Pemohon
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah          pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

2. Pasangan
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS);
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

3. Anak 
• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang        berdaftar dengan JPN sahaja; dan
• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
• Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh

BUJANG

1. Pemohon

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi    yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.


Untuk lebih terperinci berkenaan syarat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, seperti mana yang dipetik daripada sumber pautan pantas laman sesawang LHDN, pada pautan ini  👉 BPR 2021 


SILA KLIK UNTUK KEMASKINI / PERMOHONAN BAHARU 

👉 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021


Sumber : Youtube (Berita Harian Online) Nov 6, 2020


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan