Ketahui Kesan Kerap Berjaga Malam

Ketahui Kesan Kerap Berjaga Malam

Kesihatan anggota badan rohani dan jasmani adalah amat peting. Prnjagaan yang rapi dari segi pemakanan, aktiviti sukan dan lain - lain mendorong kepada tahap kesihatan anggota badan dengan lebih baik. Dalam pada itu, panjatkan juga doa kepada Ilahi agar sentiasa diberikan kesihatan zahir dan batin.

Justeru daripada itu, kurang tidur dan berjaga malam juga mendorong kepada kemorosotan kesihatan. Kesan kerap berjaga malam, dapat diungkapkan seperti berikut;

  • Gangguan Fungsi Kognitif, Pelupa dan tiada Daya Tumpuan

Secara umumnya, ia boleh menyebabkan penyusutan 'white matter' pada otak yang penting bagi proses pembelajaran.
  • Obesiti dan Diabetis
Gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon (Insulin dan korsital) yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohidrat/ gula dari biasa.
  • Emosi Terganggu
Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti membuat keputusan dan membuat perancangan teratur berhenti berfungsi. Jadi ia akan meransang gerak hati dan kelakuan yang berisiko.
  • Impak Kesihatan Asas
Impak asas terhadap imuniti badan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selesema dan lain - lain kerana ianya boleh membawa kepada kanser.
Walau satu malam, ia memberi kesan kepada jam biologikal individu seterusnya menganggu regulasi gula dalam darah.

----------------------------------------------------



Justeru daripada itu, marilah kita tingkatkan tahap kesihatan kita dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Pelajari dan ketahui juga Petua Untuk Tidur Awal

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian