KETAHUI PEMANDUAN BERHEMAH

KETAHUI PEMANDUAN BERHEMAH

Memandu kenderaan, sememamngnya sangat menyeronokkan kerana, selain daripada dapat bersiar - siar sepanjang perjalanan, ia juga memberi kepuasan hati dan ketenangan fikiran sambil mendengar radio dengan alunan lagu - lagu syadu. Lazimnya, dan seperti yang kita tahu, kecelakaan kemalangan jalan raya sering terjadi tanpa mengira waktu. Oleh yang demikian, sekiranya pemanduan berhemah diterapkan dalam diri, sudah pasti kadar kemalangan dapat di sifarkan dengan pantas.



Sehubungan daripada itu, mari kita ketahui dan pelajari bersama bagaimana pemanduan berhemah yang boleh memberi manfaat kepada kita dan juga semua, antaranya;
  • Jangan bertelefon semasa memandu
Pengaruh gadget, yang tidak dapat dinafikan mampu mengundang kecelakaan kemalangan jalan raya, apabila bertelefon atau sms atau whatsapp semasa berada dalam pemanduan. Pemandangan arah hadapan akan terhad, kerana fikiran terganggu dengan gadget. Kita tidak sedar, secara tiba - tiba kenderaan hadapan berhenti atau terdapat objek di hadapan terlanggar dan menyebabkan terjadinya kemalangan. Oleh itu, elakkan atau jangan bermain gadget semasa memandu. Tunggu sampai di destinasi yang dituju, namun sekiranya perkara mustahak, ada baiknya berhentikan kenderaan di kawasan yang selamat, untuk keselesaan dan keselamatan semasa menyambut panggilan atau menjawab sms atau whatsapp. Ketahui juga tindakan yang dikenakan semasa  👉  memandu sambil menggunakan telefon.
  • Memandu pada had kelajuan yang ditetapkan 
Semasa memandu dijalan raya, adalah yang amat penting juga, jika mengikuti atau mematuhi had laju yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Perkara ini, bukan sahaja mengelakkan daripada berlakunya kecelakaan kemalangan jalan raya, ia juga menyelamatkan diri daripada dikenakan kompaun (tembak laju) yang tidak disedari. Dalam pada itu, dengan mematuhi peraturan - peraturan jalan serta had laju yang telah ditetapkan, ia juga menyumbang kepada keselamatan pemandu yang lain. 
  • Bersifat positif
Sifat dalam diri juga haruslah disemai dengan sifat - sifat positif, seperti bertolak ansur, sabar, bertimbang rasa dan lain - lain lagi. Sekiranya berkara sedemikian ada dalam diri, ia akan menyumbang kepada pemanduan berhemah semasa memandu dijalan raya, walaupun berhadapan dengan situasi kesesakan lalulintas dan sebagainya. Bersifat positif, adalah sangat baik, dan menyumbang kepada semua perkara, sebagai contoh, jika anda sedang memandu di jalan raya (lorong kanan), dan pada ketika itu, kenderaan di hadapan anda bergerak secara perlahan. Namun, dengan adanya sifat positif, anda boleh sahaja memotong kenderaan berkenaan tanpa bertindak secara negatif seperti menghidupkan hons dan sebagainya, sebagai tanda mengarahkannya ke lorong kiri. Kita sedar bahawa jika dengan menghidupkan hons, adakalanya pemandu akan panik dan curiga serta boleh menyebabkan pemanduannya tidak stabil. Tanda isyarat yang amat baik adalah menggunakan lampu, agar pemandu dihadapan anda faham dan seterusnya berpindah ke lorong kiri. 


Demikianlah beberapa panduan yang perlu diketahui semasa memandu kenderaan di jalan raya. Oleh itu jika maklumat ini memberi manfaat, sila kongsikan kepada sahabat - sahabat yang lain agar mereka juga bersama - sama kita mendapat manfaat kebaikan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan