Tahukah anda, bantuan kewangan boleh diperolehi dari pelbagai pihak, salah satunya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan disediakan adalah perbagai dan menjurus kepada golongan sasar, yang berkelayakan demi meneruskan kelangsungan hidup agar lebih selesa dan sempurna.
Lantaran daripada itu, salah satu bantuan iaitu bantuan bulanan kanak - kanak yang diperkenalkan, bantuan ini sedikit sebanyak meringankan golongan sasar agar tidak terlampau terbeban dengan kelansungan hidup. Saban hari, seperti yang kita sedia maklum, kelihatan dan kedengaran juga masalah - masalah keluarga atau rumah tangga, ekoran daripada ekonomi isi rumah yang tidak mencukupi atau seimbang. Oleh itu, dengan adanya haluan sumber bantuan seperti ini, mampu meringankan beban dan seterusnya mengelakkan berlakunya masalah sedemikian.
Sehubungan daripada itu, berikut adalah kriteria memohon bantuan kanak - kanak dan perkara - perkara yang lainnya penting diketahui dalam memohon bantuan berkenaan, seperti mana yang dinyatakan dan dipetik daripada sumber laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakan (JKM) untuk pengetahuan bersama;
Berapakah Kadar Bantuan Kanak - Kanak?
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Apakah Kriteria Kelayakan Khusus Bagi Bantuan Kanak - Kanak ?
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Apakah Tujuan Bantuan Kanak - Kanak ?
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Bagaimanakah Cara Memohon Bantuan Kanak - Kanak ?
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sekiranya ada telah menyemak perkara - perkara yang telah ditetapkan oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau menghubungi sendiri pejabat berkenaan, bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan oleh itu, permohonan boleh dibuat pada pautan yang disertakan:
SILA KLIK UNTUK MOHON : EBANTUAN JKM
----------------------
Semoga dengan adanya laluan seumpama ini, mampu meringankan bebanan hidup kepada golongan sasar yang amat memerlukan, dan dalam masa sama isu rumah tangga serta garis kemiskinan dapat disifarkan dengan berkesan.
0 Comments