Kriteria Permohonan Taska Di Tempat Kerja

Kriteria Permohonan Taska Di Tempat Kerja

Taska merupakan tempat pendidikan kepada anak - anak pada peringkat awal. Umumnya juga, taska diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menghantar anak mereka di bawa jagaan taska. 

Dalam pada itu, taska tumbuh laju dan membangun ibarat cendawan. Selain daripada sambutannya yang tinggi, ia juga merupakan tempat yang selamat untuk meletakkan anak - anak. Didikan yang rasmi daripada pengajar - pengajar yang bertauliah memberi manfaat kebaikan kepada si anak. 

Justeru daripada itu, pihak berkuasa telah memperkenalkan permohonan penubuhan taska ditempat kerja bagi tahun 2021, yang mana di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seperti berikut:


Berikut adalah beberapa perkara yang termaktub dalam permohonan berkenaan; 

1. Apakah panduan permohonan geran penubuhan taska di tempat kerja?  

  • Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk menjelaskan peraturan-peraturan permohonan geran penubuhan bagi pejabat-pejabat agensi kerajaan yang menubuhkan TASKA di Tempat Kerja untuk menyediakan khidmat asuhan gantian kepada anak-anak kakitangan.
  • Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2019 telah mengumumkan peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 buah TASKA baharu di bangunan Kerajaan. Pada tahun 2020, Kerajaan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah. Belanjawan 2021 sekali lagi memperuntukkan RM30 juta untuk menyediakan TASKA di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital.
  • Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan membantu meringankan bebanan wanita bekerja pada masa yang sama menggalakkan mereka menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penubuhan TASKA di Tempat Kerja dapat menggalakkan wanita berkeluarga bekerja dan menyumbang tenaga serta kemahiran secara produktif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

2. Apakah syarat - syarat permohonan ?  
     Pejabat agensi kerajaan perlu memenuhi syarat berikut:
  • Mempunyai keperluan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan TASKA di Tempat Kerja baharu atau sedia ada;
  • Merupakan pejabat di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan
  • Mendapat persetujuan dari Kementerian/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan atau menyelenggarakan TASKA di Tempat Kerja.

3. Berapakah kadar geran penubuhan yang boleh dipertimbangkan ?

Jumlah geran penubuhan yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada kertas cadangan yang dikemukakan dan tidak melebihi had maksimum RM200,000.00. (Had maksimum kadar geran tertakluk kepada persetujuan oleh JPGT). 

Untuk maklumat tambahan dan terperinci sila layari pada pautan sumber yang menjadi rujukan iaitu  👉 : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Contoh ruang taksa yang ceria


Lantaran daripada ini, dengan adanya peluang yang diperkenalkan dan disediakan seumpama ini, ia sangat memberi manfaat kebaikan kepada semua masyarakat, dari sudut peluang pekerjaan khususnya. Golongan, ibu bapa yang berkerja dapat memantau sepenuhnya anak - anak mereka kerana lokasi yang dekat. Dalam pada masa sama, ia mampu meningkatkan penjimatan ekonomi kepada isi rumah berkenaan. 

Semoga maklumat ini memberi manfaat pengetahuan bersama dan sila kongsikan juga kepada mereka yang lain, agar mereka mengetahui perkara sedemikian dan dapat memperluaskan ilmu pengetahuan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia