MASJID BANDARAYA MEMPERSONA

MASJID BANDARAYA MEMPERSONA

Masjid Bandaraya merupakan salah satu Masjid yang terletak di Sabah, di Bandaraya Kota Kinabalu. Masjid ini sangat menarik dan unik, ramai pengunjung atau pelancong tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi serta bersiar - siar dengan melihat lebih dekat keunikan senibina Masjid berkenaan. Masjid Bandaraya spesifiknya terletak di Likas mempunyai keluasan yang luas dengan kemudahan prasarana yang selesa, seperti tempat letak kenderaan, tandas awam dan pondok pengawal keselamatan. 

Pandangan tepi Masjid Bandaraya

Selain daripada itu, keunikan Masjid ini, di mana kedudukannya di atas air, sehinggakan ia di namakan oleh masyarakat sebagai Masjid terapung. Kawasanya yang bersih dengan pemandangan yang indah menghadap laut, sememangnya menyegarkan fikiran dan mempersona mata memandang. Ramai pemandu - pemandu kenderaan (kereta, motosikal dan lain - lain) yang mengambil peluang dan singgah di Masjid Bandaraya, apabila masuk waktu solat ataupun iktikaf. Laluan jalan raya yang selesa memberi kepuasan kepada pengunjung untuk mengunjungi Masjid berkenaan. 

Dalam pada itu juga, apabila tekak dan perut terasa lapar, di Masjid Bandaraya juga, ada disediakan gerai - gerai makanan dan minuman. Gerai - gerai ini menyediakan pelbagai santapan pagi, tengahari dan malam. Makanan dan minuman yang didagangkan sangat menyelerakan, yang mana majoritinya di usahakan oleh masyarakat tempatan. Harga yang ditawarkan juga sangatlah berpatutan. Di dalam persekitaran Masjid Bandaraya, juga disediakan kedai runcit dan serbaneka. Makanan ringan,seperti keropok, minuman tin atau kotak, gula - gula, cenderamata dan lain - lain lagi sangat mudah diperolehi. 

Pandangan hadapan Masjid Bandaraya

Di samping itu juga, di Masjid Bandaraya ada disediakan kemudahan sekolah untuk mendidikan anak - anak khususnya dalam bidang keagamaan seperti hafazan, tajwid dan sebagainya. Pendidikan formal seumpama ini, sangatlah baik dan dapat mengasa minda anak - anak dengan lebih tajam dan jitu khususnya dalam bidang agama. 

Petugas - petugas di Masjid Bandaraya juga, sangat baik hati dengan nilai - nilai harmoni kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi Masjid berkenaan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan