Masjid Puncak Taqwa merupakan salah satu Masjid yang tersegam indah di Negeri ini, yang mana ia dibina di atas bukit pada ketinggian sederhana di Pekan Kinarut. Masjid ini mempunyai keluasan yang luas, sehingga boleh menampung lebih daripada seribu jemaah dalam satu - satu masa.
Senibina Masjid berkenaan adalah sangat indah, dan mempunyai dua tingkat, yang mana aras satu adalah untuk jemaah perempuan, manakala aras bawah untuk jemaah lelaki. Persekitaran Masjid juga sangat selesa, dan kawasan luarnya yang luas memudahkan para pengunjung bergerak. Kemudahan asas juga disediakan di Masjid berkenaan, seperti tandas, tempat berwuduk, tempat parking kenderaan dan lain - lain lagi. Kawasanya yang selamat, memudahkan para pengunjung untuk mengunjunginya. Para petugas Masjid juga sangat peramah dan sentiasa membantu para jemaah khususnya untuk mendirikan solat dengan menyediakan sejadah. Suasana dalam Masjid yang selesa dengan alas karpet dan udara kipas yang segar serta angin luar yang nyaman, menghangatkan lagi para jemaah untuk mengunjugi dan seterusnya mendirikan solat secara berjamaah di Masjid berkenaan.
Pemandangan Masjid Puncak Taqwa |
Selain daripada itu, kedudukan Masjid ini juga sangat strategik kerana ia dibina di tengah Pekan Kinarut, kawasannya yang bersebelahan dengan supermarket, gerai - gerai makanan dan lain - lain lag, sangat memudahkan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya untuk mendapatkan sumber makanan apabila terasa lapar. Masyarakat yang tinggal di sekeliling Masjid berkenaan sangat mudah untuk menunaikan solat secara berjamaah.
Lantaran daripada itu juga, Masjid Puncak Taqwa, sering tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti - aktiviti Masjid bagi mengimarahkan lagi suasana Masjid berkenaan, seperti membuat majlis - majlis ilmu, aktiviti bacaan yassin, dan lain - lain lagi program. Perogram seumpama ini, sangat baik, bukan sahaja kepada kegiatan atau aktiviti Masjid semata - mata, namun dalam masa sama ia juga mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama insan, khususnya dapat kenal mengenali antara satu sama yang lain.
Keluasan Kawasan Masjid untuk parking kenderaan |
Kedudukan Masjid Puncak Taqwa juga terletak di perantaraan laluan utama antara Pekan Papar ke Bandaraya Kota Kinabalu, ianya sangat bermanfaat kepada semua masyarakat bukan sahaja kepada penghuni tetap di sekitarnya, malahan juga kepada pekerja - pekerja yang bekerja di kedai - kedai sekitar dan juga orang awam yang lalu lalang serta pada mereka yang menggunakan kenderaan, boleh dan mudah untuk singgah di Masjid berkenaan, takala masuk waktu solat secara berjamaah.
0 Comments