PENGGUNAAN OTAK YANG BIJAK

PENGGUNAAN OTAK YANG BIJAK

Otak merupakan salah satu pancaindera tubuh badan yang dikurniakan illahi dengan sempurna, dan tidak ada yang mampu menandinginya. Otak terletak dalam tempurung atau kerangka tengorak bahagian kepala. Ia adalah dengan tujuan untuk melindungi otak dari pelbagai musibah.


Lazimnya, otak manusia adalah sama, namun mempunyai perbezaan dari segi penggunaanya atau bagaimana seseorang itu menggunakan otaknya dengan baik atau bijak. Walaupun demikian faktor - faktor persekitaran juga mempengaruhi kepada kerosakan otak, yang mana boleh menyebabkan kepada melakukan perkara - perkara yang negatif, selanjutnya boleh layari pautan Perbuatan Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Otak.

Sehubungan daripada itu, penggunaan otak yang bijak adalah bermula dari didikan secara formal atau tidak formal, iaitu dirumah (ibu bapa, adik beradik, sanak saudara) mahupun di sekolah (guru - guru dan rakan - rakan). Kelekaan terhadap pengaruh luar samaada baik atau buruk juga boleh membawa kepada tingkalaku seseorang, di masa mendatang. 

Penggunaan otak yang bijak berlaku apabila seseorang bersifat pintar untuk menilai sesuatu perkara dengan bijak, iaitu sebagai contoh, dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara tentang kebaikannya atau keburukannya. Dalam pada itu, otak yang bijak terjadi apabila sentiasa di asah atau dididik kepada melakukan perkara - perkara kebaikan seperti meningkatkan ilmu pengetahuan dalam keagamaan, membuat pekerjaan yang baik dengan pendapatan yang halal, mengauli orang - orang yang membawa kepada kemajuan serta keuntungan dan sebagainya. 

Justeru daripada itu, terapkan juga dalam hati dan minda agar sentiasa membaca apa - apa sahaja bahan bacaan yang berkongsepkan motivasi, agama, disiplin, kekeluargaan, sifat - sifat harmoni dan sebagainya. Hal ini amat baik, dan akan mempengaruhi otak kearah pemikiran serta tindakan kebaikan.  



Penggunaan otak yang bijak juga apabila selalu diterapkan dengan nilai - nilai positif seperti, menghormati orang lain, bersedekah, membantu mereka yang susah dan sebagainya. Lazimnya jika perkara seupama ini sering kali dilakukan dan diterapkan dalam otak, secara tidak langsungnya otak akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan seterusnya cenderung kepada perbuatan yang mendatangkan kebaikan. 

Demikianlah sedikit sebanyak, penggunaan otak yang bijak agar menjadi panduan kepada para pembaca. Jika maklumat ini bermanfaat, sila kongsikan kepada sahabat - sahabat yang lain agar mereka juga mendapat manfaat kebaikan bersama. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian