Kehidupan seseorang semestinya telah di tentukan oleh yang masa kuasa, perkara ini merangkumi rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan dan amalan. Sifat dan kehidupan manusia di muka bumi adalah kepelbagaian dan berbeza - beza. Oleh yang demikian, sifat - sifat positif haruslah diterapkan dalam diri agar masyarakat sentiasa berada pada landasan kehidupan yang harmoni (tolong - menolong, hormat menghormati dan sebagainya).
Justeru daripada itu, tidak ada manusia yang sempurna dengan pelbagai kelebigan luar biasa, apatalagi dengan mengetahui semua perkara tentang yang ada di dunia, melainkan dirinya berusaha, berdoa dan tawakkal kepadanya. Untuk itu juga, dalam kehidupan seharian terdapat banyak perbuatan yang mendatangkan sia - sia tanpa disedari dan perlu diketahui sebagai panduan bersama, antaranya;
Tentu anda pernah mendengar atau menonton cerita Mat Jennin, yang mana dalam ceritanya Mat Jennin suka atau selalu berangan - angan dalam hidupnya untuk melakukan atau mengimpikan sesuatu perkara, namun tanpa sebarang tindakan atau usaha dilakukan. Perbuatan ini sememangnya tidak membuahkan hasil khususnya kepada memajukan diri. Hayalan atau angan - angan untuk perkara yang di impikan hanyalah di alam maya sahaja.
- Terlebih menyukai sesuatu perkara sehinggakan membinasakan badan
Sifat terlalu optimis terhadap sesuatu perkara seperti kekayaan (harta benda), jawatan dan sebagainya diluar daya usaha serta kemampuan adalah salah satu perbuatan yang sia - sia, ia bukan sahaja terjadinya sedemikian, malahan boleh menjejaskan kepada kesihatan anggota badan. Selain daripada itu, perbuatan seumpama ini juga boleh mengundang kepada penyakit seperti kurang selera makan, kerosakan akal fikiran dan lain - lain lagi. Perkara ini sering berlaku, sehinggakan boleh membawa kepada melakukan perkara - perkara negatif di luar jangkaan seperti terjun bangunan, meminum minuman keras dan sebagainya apabila perkara yang diinginkan tidak kesampaian.
- Membandingkan kelebihan dengan orang lain
Sifat cemburu, dengki, iri hati dalam diri dengan suka membandingkan kelebihan atau kekurangan diri dengan orang lain adalah perkara yang tidak baik. Ia juga boleh meruntuhkan silaturrahim sesama insan dan membawa kepada pergaduhan. Selain daripada itu ia juga tidak akan membawa kepada kemajuan dan pembangunan di sesuatu mukim. Sifat tamak haloba, yang mana tidak mahu ketinggalan atau kurang daripada orang lain, khususnya aspek kekayaan (rezeki) adalah salah satu perbuatan sangat tidak matang dan bermoral.
- Mengauli orang - orang yang tidak ada kefungsian
Perbuatan yang mendatangkan sia - sia juga terjadi pada diri melalui pergaulan. Lazimnya seseorang yang berkawan atau bergaul dengan orang - orang yang tidak ada fungsi, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi dirinya kepada perkara - perkara yang sia - sia sahaja, seperti mengumpat, mencuri, melakukan perkara - perkara negatif dan sebagainya.
Demikianlah beberapa perbuatan yang mendatangkan sia - sia tanpa disedari, yang perlu dielakkan agar diri tidak terjebak dalam kanca berkenaan. Yakinlah pada diri dengan usaha, doa dan tawakkal untuk mengecapi sesuatu perkara dengan jalan kebaikkan. Jangan biarkan diri sentiasa berada pada paksi yang sedemikian sahaja tanpa tindakan positif. Gunakan akal fikiran (otak) serta anggota fizikal badan secara hebat agar terhasilnya satu produk yang berkualiti. Jika maklumat ini bermanfaat, silalah kongsikan kepada rakan - rakan, agar kita bersama - sama mereka berada dalam situasi kegembiraan dan membangun ke arah kebaikan.
0 Comments