Bencana alam sememangnya tidak dapat dielakan seperti banjir, hujan ribut, gempa bumi dan macam - macam lagi. Banjir berlaku apabila sesuatu mukim dihujani dengan hujan lebat untuk beberapa hari, perkara ini juga disokong apabila sistem sungai atau perparitan disesuatu kawasan berkenaan tidak berada dalam keadaan baik, yang mana boleh menyebabkan takungan air melimpa dan menyebabkan banjir.
pandangan atas situasi banjir |
Banjir boleh menakibatkan kemusnahan harta benda dan juga mengancam nyawa, jika ia berlaku secara berterusan. Perkara ini haruslah di titik beratkan dengan sentiasa berwaspada sebelum perkara negatif berlaku.
Sehubungan daripada itu, perkara - perkara yang dilakukan ketika banjir adalah dengan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi atau selamat, sebelum keadaan banjir bertambah teruk. Dalam pada itu juga, jika anda sudah mengenalpasti kawasan anda sering kali dilanda banjir, ada baiknya berpindah atau berhijrah ke kawasan yang lebih selamat. Selain itu, sediakan juga kemudahan perahu sebagai persediaan menghadapi banjir untuk memudahkan anda bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Untuk itu juga, kenalpasti barang - barang yang mustahak seperti dokumen diri agar di bawa bersama semasa meninggalkan kedaan banjir. Ia amat penting, kerana amat mudah untuk anda bergerak jika mempunyai pengenalan diri dan seterusnya tidak di soal siasat pihak berwajib.Elakan juga agar tidak leka atau tidur semasa siruasi banjir sedang melanda.
Di samping itu juga, perhatikan atau jaga keluarga, khususnya anak - anak yang kecil agar tidak bermain - main atau bermandi manda semasa banjir, ini kerana air yang deras semasa banjir amatlah berbahaya dan boleh menghanyutkan serta menengelamkan objek yang terapung. Berkumpul di satu tempat yang selamat, jika boleh pautkan antara satu sama lain dengan tali agar masing - masing tidak berpecah.
pandangan tepi situasi banjir |
Perkara yang lainnya juga dan sangat penting, adalah menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini haruslah disegerakan bagi memudahkan pihak berkenaan membuat tindakan tangkas. Dalam masa sama juga, anda akan tidak terdedah dengan situasi banjir jika ianya berlarutan sehinggakan menengelamkan rumah.
Itulah antara beberapa perkara - perkara yang dilakukan ketika banjir, bagi mengelakkan perkara - perkara negatif berlaku. Oleh itu seandainya maklumat ini bermanfaat sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar mereka juga mendapat manfaat bersama.
0 Comments