Isu pendemik Covid-19 yang kini masih belum berakhir dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Lantaran daripada itu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan bijak dengan menguatkuasakan Perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa kawasan termasuklah Negeri Sabah bermula dari 13 Januari 2021 sehungga 26 Januari 2021. Oleh yang demikian, Negeri Sabah telah menetapkan beberapa SOP (Standard Operation Prosedure) yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dinegeri ini sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Dalam pada itu antara yang paling utama ialah tidak boleh rentas daerah.
Sehubungan daripada itu dan berdasarkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi Seluruh Negeri Sabah yang dipetik dari sumber laman muka buku Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah dan dikemaskini pada 12 Januari 2021, telah menetapkan SOP seperti juga yang dilampirkan dibawah, bagi memudahkan para masyarakat merujuk dan mematuhunya;
Dalam pada itu, perkara yang telah di senaraikan dalam perkhidmatan perlu (essential services) bagi skop pengilangan antaranya ;
- Aeroangkasa termasuk MRO
- Pengilangan dan perkhidmatan lepas jualan automotif
- Makanan, minuman dan rantaianya
- Pembungkusan dan percetakan
- Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG) sabun, pembersih diri dan lain-lain dan bahan pencuci termasuk rantaiannya
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
- Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran
- Komponen untuk alat perubatan
- Elektrikal dan elektronik
- Minyak dan gas (Oil and gas)
- Petrokimia dan produk petrokimia
- Produk kimia
- Mesin dan peralatan
- Seramik (Seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan)
- Besi dan keluli
- Tekstil yang melibatkan pengeluaran PPE sahaja
- Sektor perabot, dan
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
Justeru daripada itu, perkara - perkara yang telah dikuatkuasakan pihak berkuasa haruslah dipatuhi bagi melancarkan lagi usaha untuk memerangi pendemik covid - 19. Marilah kita sentiasa meningkatkan kepekaan dalam diri dan saling ingat mengingati antara satu sama yang lain, agar kita berjaya dalam memutuskan penularan rangkaian pendimik ini dengan segera dan berjaya. Dalam masa yang sama juga, kegembiraan dan senyuman akan terselah pada wajah kita, apabila kita berjaya, dan seterusnya kita dapat melakukan segala aktiviti seharian dengan sihat dan selamat seperti kebiasannya.
0 Comments