I-Sinar yang telah diperkenalkan pihak berkuasa sedikit sebanyak membantu masyarakat untuk menampung kelangsungan hidup, akibat terkesan pendemik Covid-19. Ramai masyarakat yang berterima kasih atas inisitif ini dan mengambil langkah bijak dengan menggunakan sumber yang ada dengan lebih berhemah.
Lantaran daripada itu, walaupun keputusan i-sinar kategori 1, telah di maklumkan, namun masyarakat yang masih belum membuat permohonan, bolehlah membuat permohonan atas talian pada pautan berikut;
👉 PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 1
Dalam pada itu juga, berdasarkan pada sumber kwsp berikut adalah beberapa kriteria yang terkandung dalam kategiri 1;
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan Akaun Bersama (Joint Account)
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
0 Comments