Rahsiah Disebalik Memancing

Rahsiah Disebalik Memancing

Aktiviti memancing adalah salah satu aktiviti yang tidak asing lagi pada masa kini, golongan tua mahupun dewasa seringkali berpusu - pusu memancing, walaupun di mana berada, ada yang di lautan, di sungai, tasik mahupun kolam. 

Seperti yang diketahui ramai, pengemar atau kaki pancing sanggup meredah apa sahaja rintangan asalkan dapat memancing, ibaratnya di mana ada lubuk, joran dan kail di sanalah sesi memancing di lakukan.

santai memancing


Lazimnya, keseronokan akan lebih terasa apabila tarikan ikan khususnya ikan yang besar  memakan umpan pancing. Di sanalah bermulanya kekuatan tarikan masing - masing si ikan dan juga si pemancing. Wajah akan terselah riang gembira, apabila ikan yang memakan umpan pancing dapat dinaikkan dengan jayanya. Walaupun payah, namun ianya membuahkan hasil. 

Selain daripada itu, aktiviti memancing juga memberi manfaat yang baik, khususnya dari segi ekonomi isi rumah. Perkara ini terjadi kerana, dengan hasil tangkapan yang ada, secara tidak langsung ia akan menjadi lauk pauk kepasa seisi keluarga berkenaan. Kos pembelian ikan tidak lagi dilakukan di pasar, pasar mahupun supermarket. 


panorama yang tenang mengamit jiwa

Aktiviti memancing juga boleh menyenangkan fikiran serta anggota badan dari pelbagai tekanan, dengan memancing jiwa akan terasa tenang dengan melihat pemandangan air yang tenang dan jernih. Keseronok dan ketenangan akan bertambah lagi, apabila ikan - ikan mula jinak mematuk umpan pancing. 

Lantaran daripada itu juga, memancing dapat menegeratkan silaturrahim sesama rakan - rakan, ini kerana di tempat memancing sudah pasti akan bertemu dengan rakan - rakan baharu yang mana mereka juga adalah kaki pancing. Perkara ini bukan sahaja mewujudkan muafakat, malahan mensifarkan perkara - perkara negatif seperti pergaduhan dan permusuhan dan lain - lain lagi.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian