Perintah kawalan pergerakan (PKP) Negeri Sabah yang telah di umumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk tempoh empat belas (14) hari, yang mana bermula dari 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Dalam pada masa yang sama Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa perkara - perkara berikut;
- Sektor perkilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi
- Sektor pelancongan dan kebudayaan
- Sukan dan rekreasi
- Sektor perkhidmatan ikhtisas dan professional
- Kedai makan, cafe, restoran dan gerai makan
- Perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan
- Pergerakan merentas negeri dan daerah
- Pengangkutan awam
- Operasi pejabat kerajaan / agensi / badan berkanun / pihak berkuasa tempatan / syarikat berkaitan kerajaan (glc) negeri
- Taska, tadika dan pusat jagaan kanak - kanak
Dalam pada itu maklumat diatas adalah dipetik daripada sumber kenyataan media YAB Ketua Menteri Sabah seperti yang dilampirkan dibawah. Maklumat selanjutnya, tentang perkara - perkara yang disenaraikan diatas boleh rujuk dengan lebih teliti pada kenyataan media seperti berikut.
Lantaran daripada itu, marilah kita menyahut peraturan - peraturan yang telah dikuatkuasakan pihak berkuasa dengan lebih bijak, agar rangkaian pendemik Covid-19 dapat kita diputuskan dengan jayanya. Dalam pada itu, semoga ianya berjaya, kita dapat menjalani kehidupan baik dan sihat serta dapat melakukan kegiatan aktiviti seharian dengan selamat, seperti biasa.
Tingkatkan juga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga dengan memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat, melakukan aktiviti - aktiviti sukan di rumah, seperti lari setempat, zumba di dalam rumah, skipping (lompat tali) dihalaman rumah dan sebagainya. Ianya amat penting agar anggota badan, khususnya tulang temulang dan juga aliran darah dapat berfungsi dengan lebih baik. Dalam masa sama, sepanjang tempoh PKP anda juga boleh mengambil peluang ini dengan meningkatkan kemahiran dengan mempelajari perkara - perkara kebaikan menerusi laman sosial, seperti youtube, facebook, google dan sebagainya.
0 Comments