SEMAKAN BANTUAN SABAH PRIHATIN C0VID-19

SEMAKAN BANTUAN SABAH PRIHATIN C0VID-19

Berdasarkan pada kenyataan media YAB Ketua Menteri Sabah, bertarikh 16 Januari 2021, yang mana Peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM 97.4 Juta bagi bantuan one-off  RM300.00 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan e-kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, pengiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori, penjaja, yang mana boleh dirujuk pada lampiran yang dilampirkan dibawah.

Dalam masa yang sama juga, dan menurut sumber media tempatan, bernama.com yang diterbitkan pada 17 Januari 2021 mencatitkan bahawa; KOTA KINABALU, 16 Jan  -- Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 melibatkan peruntukan RM128.98 juta bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. 

Beliau berkata peruntukan itu diagihkan secara dua bahagian iaitu bantuan sekali bayar RM300 berjumlah RM97.4 juta melalui peruntukan kerajaan negeri dan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas melibatkan peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bernilai RM31.58 juta. Maklumat sepenuhnya 👉 bernama


Sehubungan daripada itu, semakan bantuan boleh dilakukan pada pautan laman sesawang milik  bantuan.covid19.sabah.gov.my seperti dibawah; 

LANGKAH / CARA SEMAKAN

  1. Layari / Klik 👉 Semakan Bayaran Bantuan Prihatin Sabah.
  2. Isi no kad pengenalan anda.
  3. Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
  4. Klik butang ‘Semak.’
  5. Status bantuan dipaparkan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia