Umumnya di zaman yang serba memerlukan ini, rata - ratanya semua masyarakat berlumba - lumba untuk mencari atau meningkatkan sumber kewangan disebabkan terkesan oleh pendemik covid - 19.
Sehubungan daripada itu, dan dengan perkenalkan i-sinar, semua masyarakat menarik nafas lega dengan harapan sumber yang diperolehi sedikit sebanyak membuka pintu untuk mereka meningkatkan taraf hidup, khususnya kepada keperluan kelangsungan hidup.
Terdahulu dan dalam masa sama, berdasarkan kepada sumber : kwsp i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Berikut adalah kriteria permohonan i-sinar;
KATEGORI 1
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
0 Comments