Manusia adalah diciptakan Allah S.W.T. tidak lain dan tidak bukan sebagai khalifah atau pemimpin dimuka bumi, dan juga mengerjakan segalah yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang.
Justeru daripada itu, keadaan situasi semasa ditambah lagi dengan zaman teknologi, lazimnya sedikit sebanyak mempengaruhi manusia dalam pelbagai aspek. Oleh itu, kelemahan dari segi iman, ilmu pengetahuan dan juga cara penggunaan akal fikiran yang tidak mantap, sudah pasti mudah untuk menghanyutkan diri kelembah yang negatif. Manusia semua sama, lahir tanpa pengetahuan melainkan didikan serta pelajaran yang dipelajari pada peringkat awalnya samada secara formal dan tidak formal.
Pelajari dan ketahui siapakah golongan manusia yang diusir dari padang mahsyar:
-------------------------------------------
- Manusia yang syirik kepada Allah S.W.T.
- Manusia yang suka dan gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara - perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya
- Golongan iaitu manusia yang curang dalam menetapkan hukum
- Manusia yang gemar mengganggu gugat jiran - jirannya
- Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur
- Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya adalah berlainan dengan perilakunya
- Mereka adalah golongan manusia yang riak, sombong dan bangga diri
- Golongan yang gemar dan suka memakan harta atau barangan haram
- Mereka adalah golongan manusia yang suka berdusta
- Golongan yang gemar dan suka memakan harta atau barangan haram
0 Comments