TERKINI COVID-19 NEGERI SABAH

TERKINI COVID-19 NEGERI SABAH


Berdasarkan pada gambarajah di atas yang dipetik daripada sumber laman muka buku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah menunjukkan bahawa pada hari ini 11 Januari 2021, jumlah kes positif adalah tiga ratus dan tujuh puluh empat (374) yang mana meliputi beberapa Daerah, antaranya Kota kinabalu (74), Tawau (41), Penampang (31), Keningau (27), Putatan (26), Kota Belud (21), Papar (20), Lahad Datu (15), Sandakan (15), Tuaran (15), Beaufort (15), Kudat (12), Semporna (11), Tambunan (10), Kinabatangan (8), Kunak (8), Sipitang (5), Tenom (5), Kota Marudu (4), Kalabakan (3), Nabawan (3), Pitas (2), Beluran (2), Telupid (1), Ranau (0), Tongod (0), dan Kuala Penyu (0).
Manakala satu (1) kes kematian direkodkan. Dalam pada masa sama juga, tidak ada kluster baharu di nyatakan.  Dua puluh Daerah di warnakan merah, menunjukkan Daerah berkenaan mempunyai lebih daripada 40 kes. 



Dalam pada itu juga, dan berdasarkan pada kenyataan media seperti dilampirkan di bawah, menunjukkan keterangan sama seperti berikut;
  • Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini sebanyak 374 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,040 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di Daerah Sandakan. 

  • Pada hari ini, seramai 306 pesakit Covid-19 telah discaj/ sembuh dari Hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,327 orang. Sejumlah 2,710 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 726 orang di Hospital dan 1,984 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).








Sehubungan daripada itu, marilah kita bersama - sama berganding bahu meningkatkan kepekaan diri dengan mematuhi peraturan - peraturan yang telah dikuatkuasakan agar pendemik ini berakhir dengan jayanya, dan semua masyarakat dapat melakukan kegiatan aktiviti harian dengan lebih selesa dan selamat. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia