TERKINI KES BAHARU COVID-19 DI NEGERI JOHOR

TERKINI KES BAHARU COVID-19 DI NEGERI JOHOR

Setiap kali menjelang ambang tahun baru, masyarakat sangat teruja menyambutnya. Lazimnya ada yang menanamkan azam baharu dengan pelbagai cara. Namun demikian isu pendemik covid-19 yang kini melanda negara, upacara sedemikian adalah terbatas, masyarakat diharuskan mengikuti gaya hidup baharu dengan mematuhi peraturan - peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa, agar rangkaian pendemik ini dapat diputuskan dengan jayanya. 


sumber : facebook kkm

Lantaran daripada itu, walaupun kita telah berada di ambang tahun 2021, namun pendemik covid-19 tetap masih ada dipersekitaran. Berdasarkan pada gambarajah di atas yang dipetik daripada laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa hari ini 1 Januari 2021, terdapat kes baharu covid-19 di Negeri Johor dengan jumlah 112 kes.

Rata - ratanya lapan kawasan di Negeri Johor menunjukkan pertambahan kes, yang mana terdiri daripada kawasan Muar (+43 kes), Batu Pahat (+9 kes), Kulai (+11 kes), Pontian (+1 kes), Johor Bahru (+26 kes), Kota Tinggi (+7 kes) dan Kluang (+13 kes), manakalah Segamat dan Tangkak tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes. Jumlah kes sebanyak 111 adalah terdiri daripada rakyat tempatan, manakalah import tidak ada rekod ditunjukkan.

Gambarajah diatas juga menunjukkan pecahan warna untuk setiap kawasan, dimana warna merah bermaksud 41 kes atau lebih, jingga 21 hingga 40 kes, kuning 1 hingga 20 kes dan hijau tiada kes. 

Dalam pada itu juga, berdasarkan kepada sumber : from the desk of the Director - General of Health Malaysia menyatakan bahawa terdapat KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN. Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106412) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Justeru daripada itu, marilah kita bersama - sama meningkatkan kepekaan kita dengan mematuhi peraturan - peraturan yang ditetapkan, amalkan 3s dan elakkan 3w

 

Lantaran daripada itu dengan usaha serta doa yang dilakukan, semoga pendemik ini akan berakhir agar kita dapat melaksanakan kehidupan seharian dengan lebih proaktif, sihat dan bertambah lagi kemesraan dalam mengeratkan ikatan silaturrahim sesama keluarga, sahabat, jiran tetangga melalui perayaan - peryaan atau majlis kebaikan seperti dahulu. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Belanjawan Negara