Kesesakan lalulintas sememangnya tidak dapat dielakkan, Perkara ini bukan sahaja terjadi di bandar - bandar besar, malahan juga di bandar - bandar kecil. Ekoran pertambahan bilangan kenderaan, yang mana dilihat hampir semua isirumah mempunyai kenderaan, ada yang satu buah dan apa juga yang lebih. Kepesatan pembangunan dan juga pertumbuhan populasi penduduk di sesuatu kawasan berkenaan menyumbang juga kepada kesesakat lalulintas.
Umumnya dan ekoran daripada kesesakan lalulintas, terdapat juga segelintir yang tidak dapat menahan atau terasa tekanan apabila meunggu terlalu lama dalam kenderaan khususnya di jalan raya semasa kesesakan lalulintas.
Sehubungan daripada itu, tindakan bijak yang boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara - perkara negatif berlaku ketika berdepan atau berada dalam kesesakan lalulintas, antaranya;
- Hidupkan radio dengan memasang lagu - lagu kegemaran
Semasa berada dalam kesesakan lalulintas, perkara yang baik adalah menghidupkan radio dengan memasang lagu - lagu kegemaran, ini kerana tindak balas otak dan fikiran akan berasa tenang, dengan alunan muzik yang sangat digemari. Ia juga akan meredahkan perasaan diri dengan mudah. Dalam masa sama untuk meningkatkan tahap keseronokan, anda juga boleh menghiburkan diri dengan menyanyi, dengan mengikuti alunan muzik di radio yang anda pasangkan.
Duduk didalam kenderaan terlalu lama sememangnya amat memenatkan, apatalagi jiga berada dalam keadaan sesesakan lalulintas. Oleh itu, ada baiknya lakukan senaman ringkas walaupun semasa duduk dengan mengeleng - geleng kepala, memicit - micit tangan, merebahkan bangku untuk baring (senaman tulang belakang), meluruskan kaki dan sebagainya. Sekiranya keadaan jalan raya terlalu sesak, sehinggakan kenderaan tidak bergerak, ambil kesempatan sedikit masa untuk keluar dari kenderaan dan melakukan senaman ringkas. Perkara ini amat baik, dan memberi keselesaan dan kesegaran pada anggota badan. Seperti yang sedia maklum, di mana zaman teknologi ini, kenderaan persendirian juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tv (media player). Oleh yang demikian bagi mengelakkan tekanan semasa berada dalam kenderaan, ada baiknya memasang cerita - cerita yang digemari dan menghiburkan perasaan.
Zikir dalan shalawat sememnagnya tidak dapat dinafikan dan merupakan salah satu pengubat nurani yang mana memberi kepada ketetangan jiwa dan perasaan. Oleh itu, jika berhadapan dengan situasi kesesakan dijalan raya, tindakan bijak yang boleh di lakukan adalah dengan berzikir serta shalawat. Perkara ini, bukan sahaja meredahkan tekanan, malahan dalam masa sama ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan dengan lebih baik dan mantap.
0 Comments