TINDAKAN YANG BIJAK APABILA TINGGAL BERJIRAN

TINDAKAN YANG BIJAK APABILA TINGGAL BERJIRAN

Kehidupan yang gembira dalam diri serta keluarga haruslah di terapkan dan sentiasa  di amalkan dalam diri, minda dan anggota badan juga haruslah dididik agar lebih cergas setiap hari dengan melakukan perkara - perkara kebaikan yang membawa manfaat. Lazimnya, manusia diciptakan dimuka bumi, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada yang maha kuasa, ciptanya juga adalah berbagai keturunan agar manusia dapat dan mudah saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. 

Sehubungan daripada itu, kelihatan hari ini ramai masyarakat yang membina rumah secara dalam taman, rumah flat, rumah pangsa, kondominium dan juga rumah kampung, akan tetapi  amatlah jarang sekali kelihatan mereka yang membina rumah secara berasingan atau bersendirian. Tinggal bersama jiran - jiran tetangga adalah amat baik dan boleh mengeratkan ikatan silaturrahim. Umumnya juga, terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan apabila tinggal berjiran, yang mana akan membawa kepada kebaikan bersama berbanding keburukan. 

Silaturrahim yang harmoni


Tindakan yang bijak apabila tinggal berjiran adalah dengan mewujudkan kumpulan whatsapp. Di zaman teknologi yang sedang berkembang pesat, sangat membantu kepada kita khususnya dalam perhubungan komunikasi. Untuk itu, dalam berjiran, ada baiknya jika mewujudkan kumpulan whatsapp bagi memudahkan semua penghuni dalam satu kawasan perumahan berkenaan dapat berkomunikasi antara satu sama yang lain. Hal ini juga sangat membantu kepada mana - mana penghuni untuk mendapatkan bantuan segera takala dilanda musibah, seperti kecurian, terkunci dalam bilik atau rumah dan sebagainya. Melalui saluran kumpulan whatsapp, penghuni juga khususnya jiran tetanga dapat mengambil tindakan segera untuk menghulurkan bantuan kepada jiran yang memerlukan.

Selain daripada itu, perkara kedua yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa membuat aktiviti sosial khususnya yang mendatangkan kebaikkan, seperti bergotong - royong membersihkan halaman atau kawasan perumahan. Tindakan seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran - jiran, malahan dapat kenal mengenali secara bersua muka antara satu sama yang lain. Dalam pada masa yang sama, kawasan taman perumahan juga akan kelihatan bersih serta indah, dan seterusnya mengelakkan daripada penyakit seperti denggi dan sebagainya.

Tindakan yang lain boleh dilakukan dalam hidup berjiran dengan membuat program - program sambilan seperti jamuan tahunan di balai raya, majlis membaca al-quran secara beramai - ramai di surau atau masjid. Program seumpama ini bukan sahaja mengutuhkan ikatan kejiranan, namun setiap penghuni dalam taman atau sesuatu perumahan berkenaan dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam perkara yang dilakukan. Tindakan sebegini akan menampakan lagi suasana kawasan perumahan berkenaan akan lebih ceria. 


Justeru daripada itu, hidup atau tinggal berjiran dengan membuat perkara - perkara yang berfaedah semestinya akan membawa banyak manfaat kebaikan. Ianya akan lebih harmoni jika diterapkan amalan berkenaan kepada generasi - generasi baharu, agar di masa mendatang mereka tidak akan berpecah belah. 

Sekiranya maklumat ini memberi kebaikan kepada saudara/ saudari sila kongsikan kepada rakan - rakan yang lain, agar mereka juga mendapat manfaat kebaikan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian