Terbaik, seorang pekerja Food Panda gigih menghantar tempahan makanan dari seorang pelanggan iaitu kaki pancing yang diterimanya menerusi applikasi di telefon bimbitnya.
Abang food panda kelihatan sangat gigih dengan usaha yang dilakukannya, sehingga menggunakan kemudahan sampan untuk menghantar tempahan makanan yang diterimanya dari pelanggan kaki pancing.
Menurut sumber siakap keli, perkara ini tular di media sosial apabila seorang abang food panda memakai baju uniform berwarna pink dan helmet di Negara Thailand, beliau terpaksa menggunakan sampan bagi menghantar makanan kepada sekumpulan lelaki yang sedang memancing di tengah Sungai Bang Pakong di Thailand, lapor Thai Tiger.
Dalam pada masa yang sama, dan menurut sumber media tempatan dalam tajuknya iaitu Rider’ Foodpanda dayung sampan hantar makanan mengatakan bahawa; BANGKOK – Seorang penghantar makanan syarikat Foodpanda di Thailand dirakam mendayung sampan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
Menurut portal berita Thaiger News kelmarin, penghantar makanan lengkap memakai seragam Foodpanda dan bertopi keledar itu terpaksa mendayung sampan kerana pelanggannya sedang memancing di Sungai Bang Pakong dalam wilayah Chachoengsao, tengah Thailand.
Maklumat Selanjutnya Ikuti Pautan Sumber : Suara Kontemporari Kosmo |
Secara umumnya, perkara ini sangat baik, bak kata pepatah "dimana ada usaha di sana ada kejayaan", "buat dahulu baru tahu hasilnya".
Di zaman teknologi atau moden, sememangnya manusia berlumba - lumba untuk berjaya dengan apa juga sahaja bentuk kerja yang dilakukan, yang penting kerja baik dan membuahkan hasil bermanfaat dan lumayan. Sifat memilih atau, bertangguh untuk sesuatu kerja, sudah pasti akan ketinggalan dalam arus kemodenan untuk mengecapi kejayaan.
0 Comments