Akibat Menyebar Maklumat Palsu

Akibat Menyebar Maklumat Palsu

Zaman teknologi tanpa sempadan sememangnya amat mudah dan cepat untuk mendapatkan serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Maklumat bukan sahaja menunggu rancangan televisyen seperti dahulu kala, malahan ianya boleh di layari secara tangkas hanya dengan menggunakan kemudahan telefon bimbit atau tablate di hujung jari. 

Dalam masa sama, dengan adanya jalur lebar, capaian internet yang baik, hampir semua masyarakat mendapat maklumat pantas melalui applikasi telefon bimbit. Maklumat diperolehi pelbagai jenis, samada berbentuk hiburan, berita, sukan, isu samasa, ekonomi dan sebagainya.

Selain dari itu, maklumat yang perolehi dan diketahui bukan sahaja terhad untuk perkembangan satu - satu negara, mahalan ia merangkumi dari pelusuk dunia dan sumber yang sering kali dilayari adalah seperti youtube, whatsapp, blog, facebook, instagram, tiktok dan macam - macam lagi.

Secara umumnya, maklumat yang diterima adalah pelbagai dan peratus kesahihanya tidak diketahui dan dikenalpasti. Oleh yang demikian, kajian perlulah dilakukan sebelum maklumat yang diterima dikongsikan atau dihebahkan kepada pihak ketiga. Tindakan seumpama ini amatlah baik, kerana selalin daripada tidak menimbulkan sakwasangka, ia juga mensifarkan perkara- perkara kerisauan dan porak peranda pada indivudu atau masyarakat di sesuatu kawasan berkenaan. Kebijaksanaan minda haruslah digunakan dengan langkah positif bagi mengelakkan daripada sebarang tindakan. 

Mari kita fahami dan kongsi bersama tindakan apabila menyebar maklumat palsu. Berdasarkan kepada gambarajah di bawah yang dipetik pada sumber laman muka buku menyatakan bahawa, tindakan tegas akan diambil kepada penyebar berita palsu, antaranya;

  • Seksyen 505 kanun keseksaan
Penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua - duanya sekali
  • Seksyen 211 atau 233 akta komunikasi dan multimedia 1998
Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua - duanya; dan denda tambahan RM1,000.00 / hari bagi kesalahan berterusan
  • Peraturan 4 atau 19
Peraturan - peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395 / 1993] 

Sumber : Laman Muka Buku Milik MKN


Perkara sedemikian juga dinyatakan oleh sumber media tempatan Berita Harian Online yang diterbitkan pada 09 Oktober 2020, oleh Latifah Arifin pada halaman tajuknya iaitu Tindakan Tegas Penyebar Berita Palsu. Ikuti Maklumat Selanjutnya 👉 Bh Online


Lantaran daripada itu, marilah kita tingkatkan kepekaan dan kebijaksanaan kita dengan menggunakan teknologi yang ada secara mantap dan pintar. Tingkalaku sedemikian bukan sahaja mensifarkan masaalah negatif, malahan ia menjadikan seseorang lebih mahir, berilmu dan optimis. Kedamaian dan kesejahteraan sesuatu mukim juga akan lebih bersinar dengan ketiadaan sebarang perkara negatif, seperti maklumat palsu. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian