Terkini, pelajar universiti dibenarkan kembali ke kampus masing - masing bermula 01 Mac 2021. Barikut adalah enam (6) kategori pelajar yang dibenarkan, antaranya;
Kategori Pertama
- Pelajar dari program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, dan pascasiswazah yang memerlukan praktikal, maklam, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
Kategori Kedua
- Pelajar yang tidak mempunyai ekses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan pdp dalam talian.
Kategori Ketiga
- Pelajar asasi dan setara diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
Kategori Keempat
- Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
Kategori Kelima
- Pelajar berkeperluan khas (OKU).
Kategori Keenam
- Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET), antarabangsa dan badan professional.
sumber : mohe |
Lantaran daripada itu juga dan berdasarkan kepada utusan media tempatan yang berkenaan perkara diatas, di mana ruang halamannya juga mengungkapkan perkara sama dengan tajuk 6 kategori pelajar dibenarkan kembali ke kampus 1 mac dan pada isi kandungannya mengatakan bahawa;
KUALA LUMPUR: Enam kategori pelajar institusi pendidikan tinggi dibenarkan ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac ini bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hibrid iaitu secara fizikal dan pengajian dalam talian.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan perkara itu dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan beberapa sesi libat urus, kajian dan tinjauan yang dijalankan dengan pihak berkepentingan, maklumat terpirinci ikuti saluran sumber berkenaan 👉 Bh Online
0 Comments