Dalam belanjawan 2021 mengariskan bahawa pelbagai bantuan telah disediakan kepada masyarakat Sabah, antara daripadanya adalah bantuan Bakti berjumlah Rm200.00 kepada anak - anak Sabah khususnya mereka yang
akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM tahun 2021. Manakala mereka yang mendapat tawaran ke pengajian tinggi akan menerima bantuan Budi 👉 one-off RM2,000.00
sumber : facebook (siaran berita rtm, kota kinabalu) |
Perkara di atas juga bertepatan dengan sumber media tempatan yang diterbitkan pada 06 Februari 2021 oleh oleh Kenneddy Corlleus dan dalam tajuk utamanya iaitu, Pelajar SPM, STPM, STAM tahun 2021 terima bantuan BAKTI, RM200 one-off,
Lanjut dalam beritanya seperti berikut;
KOTA KINABALU : Pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama (STAM) bagi penghujung tahun 2021 akan menerima Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) daripada kerajaan negeri.Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, pelajar yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021 akan menerima bantuan BAKTI sebanyak RM200 (one-off) seorang.Antara kriterianya, pelajar tersebut adalah Bumiputera berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021. Sumber 👉 Utusan Borneo Online
0 Comments