Bantuan Budi RM2,000.00 Untuk Anak - Anak Sabah

Bantuan Budi RM2,000.00 Untuk Anak - Anak Sabah

Bantuan budi untuk anak - anak Sabah yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi tahun 2021. Bantuan seumpama ini bukan sahaja meringankan beban ibu bapa, malahan ia satu tindakan positif dengan membuka ruang dan peluang kepada para anak muda yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi, lebih - lebih lagi di musim situasi yang di hadapi sekarang dengan kekangan sumber kewangan.

Perkara ini yang termasuk dalam belanjawan negeri bagi tahun 2021 dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Menurut sumber televisyen tempatan, antara intipatinya adalah seperti berikut;


sumber : facebook (siaran berita rtm, kota kinabalu)


Dalam pada masa yang sama, dan menurut saluran media tempatan juga menyentu perkara sama, dengan memaparkan pada halamannya bertajuk : 

Bantuan BUDI RM2,000 secara one-off, lanjut tentang kandungannya adalah seperti berukut; 

KOTA KINABALU : Anak-anak Sabah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun ini akan menerima Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 secara one-off. 

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, bantuan BUDI yang bakal dilancarkan pada Mac tahun ini, terbuka kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama IPT di seluruh Malaysia.

Jelasnya, pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda sahaja. layari sumber pautan ini untuk maklumat terperinci 👉 utusan borneo online 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian