Berdasarkan kepada pengumuman Menteri Kanan Keselamatan berkenaan beberapa premis di benarkan beroperasi, dan yang terkini pihak berkuasa juga telah membenarkan beberapa aktiviti - aktiviti sukan bermula pada 12 Februari 2021, antaranya seperti berikut;
- Golf
- Gimnasium
- Latihan kemahiran kendiri secara berseorangan
- permotoran (2 dan 4 roda)
- Ping pong (perseorangan)
- Badminton (perseorangan)
- Tenis (perseorangan)
- Jogging, brisk walk, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan di dalam kawasan kejiranan sahaja
MKN |
Dalam pada masa yang sama, perkara dia atas juga ditegaskan oleh sumber media tempatan yang diterbitkan pada 11 Februari 2021, oleh Amree Ahmad dan dalam tajuknya iaitu; Golf, Beberapa Sukan Lain Dibenarkan. Antara intipati kandungannya adalah, PUTRAJAYA: Selepas program latihan berpusat pasukan dalam liga bola sepak, hoki dan sepak takraw dibenarkan, kini beberapa lagi aktiviti sukan termasuk golf dibuka mulai esok.
Namun, menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu masih lagi tertakluk kepada beberapa perkara ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Layari pautan sumber ini untuk maklumat terperinci 👉 Utusan Malaysia
0 Comments