Aktiviti berbasikal kini mendapat sambutan dikalangan masyarakat pada masa kini, tidak kira tua, muda mahupun golongan kanak - kanak tidak terkecuali. Aktiviti ini dulunya aktif dilihat di stadium semasa temasa sukan, namun hari ini, ia menjadi aktiviti harian masyarakat untuk meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan anggota badan.
Berbasikal adakalanya dilakukan bersama rakan - rakan, atau keluarga. Kehangatan dan kegembiraan pastinya terserla jika dilakukan secara berkumpulan. Ia seringkali dilakukan pada waktu pagi arau petang, di kawasan taman - taman rekreasi, taman perumahan dan juga kawasan awam.
aktiviti basikal |
Pada hari ini, keterujaan dalam aktiviti ini sehinggakan ramai yang mewujudkan group whatsapp, bagi memudahkan komunikasi antara satu sama lain untuk merancang melaksanakan aktiviti berbasikal. Kelengkapan seperti pemakaian, topi kaleder dan juga bekalan adalah amat penting semasa berbasikal dengan jarak yang jauh.
Selain daripada keseronokan semasa membuat aktiviti berbasikal, ia juga memberi kesihatan dan kekuatan kepada anggota otot- otot badan, khususnya bahagian paha, kaki, lengan dan juga yang lainnya. Dalam pada itu juga, dengan berbasikal, anggota badan akan terasa ringan dan minda juga akan cergas.
Faktor - faktor keselamatan juga haruslah dititikberatkan semasa berbasikal dijalan raya atau dilapangan. Pemasangan lampu kelip - kelip pada basikal, topi dan pakaian lutsinar (pantulan cahaya) adalah amat penting kerana pengguna jalan raya yang lain dapat melihat keberadaan dengan jelas.
0 Comments