Bunyi Letupan Kuat Yang Kedengaran Oleh Penduduk Sabah Dan Labuan Adalah Meteor

Bunyi Letupan Kuat Yang Kedengaran Oleh Penduduk Sabah Dan Labuan Adalah Meteor

Bunyi letupan kuat yang kedengaran pada 31 Januari 2021 sekitar jam 11.00 pagi  yang mana seolah - olah letupan bom dan  mengemparkan sejenak penduduk sekitar Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

gambar hiasan, meteor


Sebelum itu, ikuti lanjut tentang kenyataan kejadian berkenaan yang telah tular pada pagi 31 Januari 2021 iaitu 👉 Bunyi Letupan Kuat Kedengaran Oleh Penduduk Sekitar Sabah Dan labuan


Perkara sedemikan adalah letusan meteor yang berjaya dirakam secara kebetulan di Brunei.  Kejadian ini yang bunyi letupannya didengari di Sabah, Sarawak dan Brunei awal pagi (31 Januari 2021) telah menggemparkan dan menjadi tanda tanya seluruh negara. Namun demikian, segala persoalan ini telah terjawab dengan adanya video ini yang berjaya dirakam oleh pemilik Abd Wafiy bin Hj Rudzi melalui "dash cam" yang dipasang di kenderaan miliknya. Gambaran video adalah seperti yang diperoleh di youtube ini.  kredit : astronomical society of Brunei Darussalam


sumber : diperolehi daripada group applikasi whatsapp (komuniti kampung kita kbmb)


Perkara ini juga dinyatakan dalam media tempatan pada halaman tajuknya iaitu, Bunyi letupan di langit Sabah disebabkan tahi bintang, maklumat selanjutnya ikuti 👉 my metro


Justeru daripada itu, terjawablah sudah teka teki yang bermain difikiran, khususnya mereka yang langsung merasai dan mendengari kejadian berkenaan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian