Cara Tutur Kata Yang Baik

Cara Tutur Kata Yang Baik

Manusia dikurniakan anggota mulut dan lidah yang sempuna untuk memudahkan mereka berkata - kata atau berkomunikasi dengan orang lain atau sesama insan. Tutur kata yang dilontarkan dari mulut selalunya adalah daripada tindak balas refleks pancaindera otak, kata - kata yang dikeluarkan adakalanya bersifat positif atau negatif, ia bergantung kepada kebijaksanaan minda untuk menakul sesuatu perkara, dan dalam masa sama ia juga di dorong oleh perasaan.

Di samping itu, dan sebagaimana yang kita sedia maklum, perkara negatif seperti pertelingkahan ada kalanya terjadi disebabkan oleh tutur kata dari mulut, bak kata pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Perkara seumpama ini berlaku kerana, apabila perasaan hawa nafsu melebihi keupayaan akal fikiran.

Justeru daripada itu, mari kita pelajari dan kongsi bersama, cara tutur kata yang baik kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ragam dan golongan yang berada di sekeliling kita, antaranya;

  • Kepada Ibu bapa / suami isteri
Gunakan kata - kata berbentuk kasih dan sayang, lemah lembut, menghormati serta taat setia
  • Kepada adik beradik
Gunakan kata - kata yang berbentuk keyakinan, memberi semangat, dorongan, tunjuk ajar serta menghormati
  • Kepada anak - anak
Gunakan kata - kata yang berbentuk pengajaran, didikan, moral, manja memuji serta memberi semangat
  • Kepada rakan rapat
Gunakan kata - kata berbentuk keyakinan, bantuan, moral, kepercayaan, bimbingan serta menghormati
  • Kepada masyarakat awam
Gunakan kata - kata yang berbentuk, sopan, positif, menghormati serta toleransi

tutur kata yang harmoni, menampakkan sinar yang ceria pada wajah


Lazimnya,apabila seringkali menggunakan kata - kata yang berbaik dan bertepatan dengan sasaran, diri akan sentiasa dihormati dan disegani oleh masyarakat sekeliling. Dalam masa sama, ia juga memberi kesan positif kepada ketenteraman jiwa serta mampu mendorong kepada kesihatan anggota fizikal badan dalaman dan luaran.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian