Cermin Gelap Kenderaan Yang Dibenarkan

Cermin Gelap Kenderaan Yang Dibenarkan

Pemasangan tinted plastik pada kenderaan sememangnya amat baik, bagi tujuan keselamatan dan kesihatan, antaranya pantulan sinaran cahaya matahari dan juga mengelakkan cermin retak disebabkan tekanan haba.

Selain daripada itu, faktor keselamatan seperti mengelakkan barang - barang yang disimpan di dalam kenderaan mudah dilihat oleh orang lain yang lalu lalang khususnya  yang tidak dikenali dan berniat negatif. Oleh yang demikian tidak semena - mena cermin kenderaan dipecahkan untuk mendapatkan barang yang dilihatnya berada di dalam kenderaan. 

Lantaran daripada itu, berdasarkan pada sumber yang sahih yang mana diterbitkan pada tahun 2019, pemasangan cermin gelap telah dibenarkan pada kenderaan, namun mengikut had atau klasifikasi yang ditetapkan. antaranya berikut;

  • Cermin belakang, pemasangan tinted boleh gelap sepenuhnya dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cemin pemantul kiri dan kanan
  • Cermin sisi penumpang, dibenarkan pemasangan tinted sepenuhnya
  • Cermin sisi bahagian pemandu, masih dikekalkan dengan peratus kegelapan tinted adalah 50 peratus
  • Cermin hadapan, pemasangan tinted masih dikekalkan dengan kegelapan tinted adalah 70 peratus
Dalam pada itu, sekiranya pemilik kenderaan berkeinginan untuk tinted yang gelap dibahagian cermin tepi pemandu, mereka boleh membuat permohonan atas alasan faktor - faktor keselamatan dan kesihatan. Setiap permohonan atas faktor berkenaan akan dikenakan fi sebanyak RM50.00 sahaja.

Sebarang sabit kesalahan khususnya berkaitan perkara ini boleh dikompaun RM300.00 atau denda RM1000 atau penjara dua minggu atau kedua - duanya sekali. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian