Fungsi Kenderaan Laut

Fungsi Kenderaan Laut

Kenderaan laut antaranya yang dinamakan, perahu, kapal, sampan, rakit dan bot. Kenderaan ini adakalanya digerakkan dengan menggunakan enjin berkuasa kuda dan pelincirnya adalah minyak petrol. Dalam pada itu ada juga yang digerakkan hanya menggunakan dayung (tenaga manusia), atau kain yang dijadikan layar.

Fungsi kenderaan laut juga adalah sama dengan kenderaan darat, dimana ia digunakan untuk mengangkut barang – barang atau penumpang dari satu kawasan (pulau) ke satu kawasan yang lain. Kenderaan ini amatlah penting sekiranya kawasan berkenaan tidak ada penghubung kemudahan jembatan disediakan.



Lantaran daripada itu, pengangkutan ini amatlah penting dan mendapat sambutan untuk diusahakan, apatalagi jika kawasan berkenaan tidak dapat dituju oleh kenderaan darat (kereta / bus) atau kenderaan udara. Kadar tambang yang dikenakan adalah bergantung pada jarak dan juga ketetapan pengemudinya. Dalam pada itu, faktor keselamatan dengan memakai jaket pelampung kepada penumpang adalah menjadi keutamaan, semasa menaiki kenderaan awam laut.

Kenderaan laut, lazimnya dimiliki oleh mereka atau isi rumah yang menghuni rumah – rumah di atas air dan di pulau – pulau. Kenderaan ini, adalah salah satu keperluan dan mereka gunakan untuk memudahkan pergerakan mereka untuk berulang – alik dari pulau ke kota bagi mendapatkan bahan – bahan keperluan asas atau menjual hasil dagangan (kebun) kepada pembeli atau peniaga di pasar – pasar di kota bandaraya.


Selain daripada itu, kenderaan laut juga digunakan oleh pemiliknya untuk menangkap ikan, seperti memancing, memukat dan sebagainya yang melibatkan perusahaan di laut. Hasil tangkapan adakalanya di dagangkan atau kegunaan isi rumah. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian