Bahan api adalah antara yang penting kepada semua pengguna kenderaan darat, ini kerana dengan bahan api iaitu petrol dan diesel, kenderaan dan juga mereka dapat bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mudah.
Sehubungan daripada itu, dan berdasarkan kepada gambarajah di bawah, menunjukkan bahawa bermula 6 februari, harga bahan api telah bertambah. Ron95 adalah RM1.93 perliter, Ron 97 dengan harga RM2.23 perliter manakala diesel dengan harga RM2.11 perliter
sumber : applikasi whatsapp dari kumpulan kampung brunei |
Lantaran daripada itu juga, perkara diatas adalah selari dengan sumber dari media tempatan yang diterbitkan pada 05 Februari 2021, jam 7.03 petang (Bernama). Maklumat dalam keratan akhbar online berkenaan adalah seperti berikut;
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu selepas tengah malam ini.
Harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel), menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini. maklumat selanjutnya ikuti sumber 👉 Bh Online
0 Comments