Jangan Tinggalkan Ibu Dan Ayah

Jangan Tinggalkan Ibu Dan Ayah

Lahirnya seseorang (manusia) ke muka bumi adalah kerana ibu dan ayahnya, terbentuk akan dirinya adalah kerana ibu dan ayahnya. Rezeki dikecapi hari ini juga adalah hasil daripada ibu dan ayahnya, secara rumusannya adalah dari ibu dan ayahnya.

Ibu dan ayah adalah insan yang banyak paling utama untuk seseorang anak. Walaupun sesusah mana atau sesenang mana, merelah yang tetap membentuk anak sehingga dewasa. Adalah amat tidak baik, jika seorang anak bersifat kurang sopan atau berkelakuan negatif terhadap si ibu dan ayah, walaupun mereka mendidik dalam kekayaan atau kekurangan. Haruslah di ingat tanpa mereka, si anak tidak akan ada di dunia.

Perkara yang perlu dilakukan adalah dengan tidak melukai atau menyisihkan si ibu dan si ayah walaupun dalam kesempitan atau kekayaan hidup, ini kerana doa mereka yang mengiringi adalah sumber kekuatan kejayaan seseorang anak. 

gambar hiasan, usaha gigih ibu dan ayah menjadikan anak - anaknya bijak pandai dan berjaya


Hargailah dan sayangilah mereka sepenuh jiwa dan raga dengan menunjukkan sifat tanggungjawab dan wajah - wajah senyuman manja agar mereka sentiasa kelihatan gembiran dan riang ria.

Selain daripada itu, seringkali lah bawa ibu dan ayah berjalan - jalan untuk bersiar - siar ke tempat - tempat yang menarik serta makan di luar secara bersama, perkara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malahan menjadikan mereka kelihatan girang gemilang serta tidak terasa bosan hanya bertapak di rumah. 

Jangan tinggalkan ibu dan ayah walaupun dimana berada ataupun berada dalam kekayaan atau kesempitan hidup, sesungguhnya pasti ada jalan kebaikan atau kesenangan jika berusaha dan dalam masa sama mendapat keberkatan darinya. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian