Zaman kanak - kanak adalah antara zaman yang banyak memberi kenangan manis dan pahit kepada sesiapa sahaja yang melaluinya. Zaman ini dimana seseorang akan berada pada titik keseimbangan kepada kematangan, kurang matang dan tidak matang. Keseronokan pasti menjadi motif utama dalam diri agar kehendak yang diinginkan sentiasa tercapai.
Sewaktu di zaman kanak - kanak sudah pasti ramai yang pernah melalui pelbagai jenis permainan yang mengembirakan hati dan juga bersama rakan - rakan atau adik beradik.
contoh: permainan zaman dahulu, bermain guli |
Dalam pada itu, berikut adalah antara beberapa jenis permainan yang dimainkan oleh kanak - kanak pada zaman dahulu atau era 70 dan 80 an. Era zaman ini, sememangnya mempunyai pelbagai bentuk permainan yang berbeza berbanding pada zaman teknologi sekarang, antaranya.
- Permainan bermain guli
- Permainan bermain tapuk - tapuk atau sorok - sorok
- Permainan rebut tiang, hari ini dilihat permainan ini sama seperti merebut kerusi
- Permainan layang - layang
- Permainan gambar - gambar
- Permainan lempar selipar
- Permainan rondus, permainan ini sama seperti bermain sukan kreket
- Permainan lompat getah
- Permainan tembah - tembak, peluru digunakan adalah peluru mulut atau buah poka
- Permainan batu semban
- Permainan bentek, iaitu tendang betis
- Permainan kaldang, iaitu sepatuh tinggi dibuat dari bambu
- Permainan tolak tayar atau rim basikal
- Permainan kejar mengejar
- Permainan lestik getah
0 Comments