Pengetahuan bersama dan berdasarkan pada standard operating prosedur (sop) perintah kawalan pergerakan (pkp) bagi seluruh Negeri Sabah yang dikemaskini pada 05 Februari 2021, dan salah satu daripada sop berkenaan adalah berikut;
Semua individu yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 dalam tempoh 1-3 hari sebelum perjalanan. Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan masuk ke Sabah.
Pergerakan individu
keluar dari negeri Sabah:
• Hanya individu yang menjalankan perkhidmatan perlu
(essential services), kes kecemasan dan perubatan DIBENARKAN keluar dari negeri
Sabah dengan kebenaran PDRM tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
(a) Individu dari Sabah ke Semenanjung perlu menjalani ujian
RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas dari
Sabah (berdasarkan ketetapan oleh KKM);
(b) Individu dari Sabah ke Sarawak perlu menjalani ujian
RT-PCR COVID-19 dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas dari Sabah
(berdasarkan ketetapan oleh Kerajaan Negeri Sarawak);
(c) Individu dari Sabah ke Labuan perlu menjalani ujian
RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 dalam tempoh tiga (3) hari sebelum memasuki Labuan
(berdasarkan ketetapan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana W.P. Labuan); dan
(d) Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.
Sumber : Laman Muka Buku (Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah) |
Dalam pada itu dan berdasarkan sumber kenyataan di atas, berikut adalah aktiviti tidak dibenarkan, antaranya;
• Pergerakan rentas daerah dan rentas negeri dalam kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
• Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
0 Comments