Zaman teknologi pada masa kini, memang banyak membantu dan mempermudahkan transaksi urusan kehidupan jika digunakan secara bijaksana. Media sosial merangkumi pelbagai bentuk dan aneka, serta boleh digunakan untuk pelbagai urusan dengan cepat, sebagai contoh pembayaran atau pembelian sesuatu barang dengan menggunakan kaedah perbankan.
Hari ini, hampir semua masyarakat memiliki media sosial masing - masing seperti facebook, tiktok, whatsapp, intagram, dan macam - macam lagi. Media sosial seumpama ini boleh membantu seseorang untuk memulakan atau mengembangkan perniagaanya dengan lebih meluas. Dalam pada masa yang sama juga, melalui media sosial di hujung jari, boleh menghubungi sesiapa sahaja walaupun berbatu kilometer jaraknya.
pelbagai saluran media sosial yang bermanfaat |
Kelebihan penggunaan media sosial juga kepada rangkaian ikatan silaturrahim. Secara umumnya dengan adanya media sosial, seseorang mudah untuk mencari sanak keluarga atau rakan taulan di mana - mana sahaja, hubungan pasti akan terjalin kembali jika hebahan maklumat yang luas melalui pencarian menggunakan pelbagai media sosial.
Selain daripada itu, dengan adanya media sosial yang pelbagai seseorang mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek. Maklumat umumnya mudah dicapai dengan hanya membuka telefon pintar, maklumat yang diingini mudah diperolehi dengan mengekses saluran seperti google, blog, youtube dan sebagainya. Minda akan lebih terdidik dengan pelbagai maklumat khususnya yang berfaedah dan boleh membangunkan kerjaya pada masa hadapan.
Justeru daripada itu, gunakanlah media sosial yang sedia ada (maklumat tanpa sempadan) dengan lebih bijaksana agar diri menjadi insan yang pintar dan berjaya untuk sesuatu perkara yang diimpikan dan diusahakan pada masa - masa mendatang. Ingatlah juga, sesuatu perkara yang diperolehi atau dipelajari secara baik, pasti akan mendapat balasan atau hasil yang baik.
0 Comments