Kelebihan Solat Tahajjud Dunia Akhirat

Kelebihan Solat Tahajjud Dunia Akhirat

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun daripada tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. 

Lazimnya, solat ini sangat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. 

Firman ALLAH SWT

Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah - mudahan tuhan mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (Surah Isra; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu. 


Dalam pada itu, terdapat banyak kelebihan dalam solat tahajjud, antaranya daripadanya adalah:

(Di Dunia)

  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • jauh dari segala penyakit
(Di Akhirat)
  • Diserahkan buku amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan
  • Cepat melalui sirat al-mustaqim seperti kilat
  • dipermudahkan hisab
  • dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri - seri
Sumber : Laman Muka Buku (Jentik Hati)


Sehubungan daripada itu, marilah kita bersama - sama meningkatkan ketekunan kita dalam mendalami ilmu - ilmu agama yang mana pastinya membawa kebaikan. Hari ini, amat mudah bagi kita untuk menimbah ilmu, kerana saluran sumber yang pelbagai, samaada melalui media elektronik atau media cetak, dan juga bersemuka (berguru). Berguru adalah antara yang paling baik, dalam memperkasakan ilmu pengetahuan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian