Keselesaan Dan Hidangan Enak Di Mu_Tra Tomyam Seafood

Keselesaan Dan Hidangan Enak Di Mu_Tra Tomyam Seafood

Makanan ala seafood, memang tidak asing lagi pada mulut dan lidah kepada semua masyarakat, tidak kira muda mahupun tua, yang pasti pada hati dan fikiran adalah jepuasan dan nikmat kekenyangan menjamu selera. Namun demikian amalan pemakanan yang baik haruslah dijaga dengan lebih bijaksana, pelajari dan ketahui aturan pemakanan yang baik. 

Justerus daripada itu, Mu Tra_Tomyam Seafood juga dikenali dengan menu masakan dan hidangannya yang menambat hati selera masyarakat. Menunya yang pelbagai seperti ikan, udang, sotong, kerang dan lain - lain lagi dengan cara masakan ala moden pastinya para pengunjung rasa terpegun dan tidak berganjak dari restoran berkenaan.

Pandangan Mu Tra Tomyam Sefood Restoran


Di samping itu juga, menu yang dihidangkan bukan sahaja menyelerakan malahan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Makan bersama sekeluarga atau rakan taulan, sememangnya meninggalkan kenagan yang mengembirakan. Di restoran berkenaan juga, ada menyediakan hidangan tambahan seperti buah kelapa, bugger, sayap ayam, buntut ayam dan satay. Pengunjung dan para pelanggannya sudah pasti menjadi keutamaan agar mendapat sajian makanan yang enak dan berkhasiat. 

Pandangan dari sudut tepi, hidangan sayap, buntut ayam dan satay


Selain daripada itu, dari sudut lokasi restoran berkenaan, ia terletak di kelompok anjung senja di bahagian hujung, dengan kawasanya tapaknya yang sangat strategik yang menjadi laluan orang ramai samaada yang berjalan kaki mahupun menaiki kenderaan. Dalam pada itu, disekitar restoran juga terdapat kemudahan asas seperti parking kenderaan yang luas, tandas awam dan juga surau untuk menunaikan solat. Keselesaan dan hidangan enak di Mu_Tra Tomyam Seafood ditambah lagi dengan pemandangan sekitar restoran yang bersih dan selesa serta kedudukannya yang terletak ditebing laut dengan tiupan angin, pastinya memberi kehangatan lagi untuk menjamu selera

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian