Berdasarkan kepada Mufti Negeri Sabah dan pada surat pekeliling yang dikeluarkan pada 18 Februari 2021 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, pada perkaranya adalah seperti ini, Perluasan Perlaksanaan Aktiviti - Aktiviti Di Masjid Dan Surau Seluruh Zon Sabah Ketika Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid - 19 Berkuatkuasa Pada 19 Februari 2021 Hinga Tarikh Yang Dimaklumkan Kelak.
Berikut dilampirkan, adalah antara perincian dalam surat yang telah diedarkan oleh Jabatan berkenaan untuk makluman orang ramai, khususnya masyarakat di Negeri Sabah.
Aktiviti di Masjid dan Surau dibenarkan untuk melaksanakan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat di semua zon Negeri Sabah.
Bilangan jemaah solat lima waktu di masjid dan surau bagi seluruh zon di Negeri Sabah ialah 1 / 3 kapasiti dewan solat utama masjid dan surau. Manakala, bilangan ahli solat jumaat adalah mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
Dalam keadaan sama, hal ini juga dinyatakan oleh sumber media tempatan Bh Online pada tajuknya Sabah Benar Solat Jumaat Ikut Satu Periga Kapasiti.
Sehubungan daripada itu, marilah kita mendirikan solat bersama - sama dan sentiasa mematuhi peraturan - peraturan yang ditetapkan agar pendemik ini berakhir dengan jayanya. Panjatkan doa kepada ilahi, agar dengan limpah dan kurnianya negara kita aman dan damai dari segalam bencana dan musibah.
0 Comments