Nyayian dan tarian dengan gaya dan versi tersendiri sememangnya memberi kepuasan yang tinggi khususnya pada diri sendiri, apatalagi jika mendapat sokongan dan sorakan dari para penontonnya.
gaya dan nyayian yang bertebaga |
Pada video dibawah yang
diperolehi dari sumber pemilik applikasi whatsapp yang lain, menunjukkan salah
seorang penyanyi yang mempunyai gaya tersendiri untuk menghiburkan dirinya dan
peminatnya pada satu majlis keramaian. Gayanya yang unik menambat hati penonton
yang menontonnya semasa beliau mendendangkan lagu era 60an.
Penampilan era 60an, gaya agogo, sememangnya mencuit atau mengimbau nostalgia kepada mereka yang mengalami zaman berkenaan. Pemakaiannya pula adalah unik dengan memakai pakaian ketat dan seluarnya, yang mana di namakan bell-bottom (seluar ketat di bahagian pinggang dan paha, serta lebar di bahagian bawah iaitu antara betis dengan kaki).
Dalam
pada itu, apa yang bertambah menariknya penyanyi berkenaan tiba – tiba beraksi dengan tarian diluar jangkaan, sehinggakan dia memanjat bumbung pentas dan menyanyi di
atas bumbung berkenaan. Para penonton terpegun dan semakin terhibur serta memberi sokongan kepada penyanyi berkenaan.
Namun
demikian, dan walaupun paparan video ini berkemungkinan sudah lama di awangan media sosial, namun ia masih mempunyai kekuatan mencuit hati kepada yang melihatnya. Lantaran daripada itu juga, aksi yang mencuit hati dengan dendangan lagu sentimental, namun adalah baiknya agar tidak menjadi ikutan kepada yang lain, khususnya tidak
memanjat bumbung kerana faktor keselamatan.
0 Comments